Kawan-kawan kakcik

Selasa, 8 Jun 2010

Integrasi Nasional (Bhg. 6 - Akhir)

02/06/2010

Acara bebas untuk para peserta 'menjelajah' Bandaraya Kuching. Melawat muzium, membeli belah - kek lapis, pasu Sarawak, tikar Sarawak dan apa saja cenderamata/cenderahati untuk di bawa pulang.

Aku sekeluarga tidak mengikuti para peserta.  Sebaliknya, aku mengajak suami dan anak-anak menyusuri Sungai Sarawak dengan menaiki bot.

Kemudiannya, kami singgah di Kedai Kek Lapis Dayang Salhah.
Anak-anakku sibuk membawa bakul untuk diisi dengan pelbagai 'warna' kek.  Aku cuma jadi tukang bayar!  Penat berjalan, kami balik ke hotel.  Sebelum itu, aku telah membawa mereka ke deretan kedai di hadapan Waterfront untuk membeli cenderamata sesuka hati mereka. 

Malamnya diadakan acara penutup dan Majlis Makan Malam yang turut dihadiri oleh Menteri Muda Pembangunan Infrastuktur Sarawak,  Datuk Hj. Ir.Daud bin Abdul Rahman.



03/06/2010

Hari untuk berpisah telah tiba.  Lihatlah kotak-kotak yang hendak 'diangkut' balik.  Sampai tak muat bas.  Terpaksa 'disumbat' ke dalam dua buah pacuan empat roda.

Sebelum ke lapangan terbang, peserta di bawa singgah ke pejabat Beras Corporation Sdn Bhd (BCSB), Satok untuk majlis perpisahan ringkas dan jamuan ringan.


Disebabkan penerbangan telah dibatalkan dan ditukar kepada penerbangan jam 4.05 petang (lewat dua jam dari jadual asal), masih ada peserta yang ingin membeli tikar Sarawak!  Memandangkan banyak barang yang perlu dibawa balik dan bilangan peserta yang agak ramai, suami menasihatkan agar semuanya berkumpul awal di lapangan terbang.  Jam 12.30, semua peserta telah berada di Lapangan Terbang Kuching.

Barang-barang yang nak dimasukkan ke kargo kapalterbang MAS ni, semuanya kepunyaan anggota rombongan.  Itupun tak semua yang dimasukkan - lebihan bagasi yang terpaksa dibayar sebanyak RM2,520.00.  Kalau semua dimasukkan, mahu cecah RM5k agaknya!



Selamat tinggal Bumi Kenyalang, ada rezeki kita berjumpa lagi.

Miri ke Kuching berintegrasi hebat
terjalin kasih di perjalanan
kami datang tak tahu adat
salah dan silap harap maafkan
(pantun ini dibacakan oleh suamiku di Majlis Makan Malam dan Penutup Acara)




12 ulasan:

  1. salam kakcik,
    bestkan sambil bertugas , sambil cuti-cuti dan soping-soping,
    mesti kenangan terindah tu

    BalasPadam
  2. Salam ibuintan.. yang bertugas, suami kakcik. Kakcik terpaksa ambil cuti untuk 'mengekor'. Hehehe...

    BalasPadam
  3. Salam KakCik..

    Best jenjalan cam tu, sekali sekala berihat dari 'bancuh kopi dan teh', heheh.

    BalasPadam
  4. Salam CS..

    bila balik ke rumah, bukan setakat bancuh teh semula.. tapi terpaksa bukak kedai dobi! :)

    BalasPadam
  5. salam kakcik. mesti sedap lapis tu kan..

    BalasPadam
  6. Salam Kakpah..

    ada macam-macam perisa.. ikut juga pada kesukaan orang yang makan. :)

    BalasPadam
  7. Salam! kokcik,
    Bile ceghiter bab menyusur Sg Sarawak, teringat le teman suatu hari mudek ke hulu Sg Swk dgn perahu panjang ngala ke Roban dan Asajaya (dulu namnya Nonok). Bersama2 penumpang masa tu, ada le pompuan nak beghanak blk kpg denye. Ate, sampei ke pinggir hutan langsung terberanak, jenuh ada yg berpaut kat akor2 pokok sbb dimudek Sungei dah semakin kecik. Mase tu juga ghamei yg pitam nengak darah termasuk yg macu enjin perahu. Ate teman yg baghu bbudak ngelintin lepaihs MCE, terpaksalah nyambut anak lahir kali pertama. Masa tu dah hilang perasaan malu, sib baik le teman ni boleh pikoir2 apa nak buat....

    BalasPadam
  8. Salam Yop.. Tahniah. Itu baghu betoi dikatekan bidan teghojun. Nasib baik mike tak teghojun teghuih ke dalam sungei tu. Kalo teman pun, belum tentu beghani nok nyambutnya! :)

    BalasPadam
  9. bila tguk bnyk brg2 nk dibawa balik tu teringat lak ida ms g kelantan terangganu..
    dek kerana bnyk memborong smpi di umpat org..menggeleng pale dibuatnya sbb kita bnyk membeli pun bukannya mintak duit diaorg...

    ntah bila dpt g srwk...

    BalasPadam
  10. Ada duit, apa teringin boleh dibeli.. kan Ida?

    BalasPadam
  11. Salam caiyang


    Bestnyer...sonoknyer.. kalu ada rejeki tingin gak nak gi sarawak.

    BalasPadam
  12. Salam Mamawana.. Insya Alalh, kalau ada rezeki, mesti sampai nanti :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com