Kawan-kawan kakcik

Khamis, 9 Januari 2020

Warung Selera Kampung Bendang Panjang...

(Sudah 9/1/2020 hari ini - baru dapat hendak kemaskini blog gara-gara gambar-gambar yang melalui proses yang agak panjang baru boleh dimuatnaik)

Sewaktu hendak mengikut suami yang ada tugas di Perlis dari 29/12/2019 hingga 31/12/2019, anak keduaku beriya-iya mengingatkan agar kami singgah makan di Warung Selera Kampung Bendang Panjang, Kuala Kangsar.  Katanya makanan di situ sedap dan murah.  

Jadi, bila sudah singgah di Kuala Kangsar untuk menjenguk rumah di kampung, kami singgahlah di warung tersebut.  Hahaha...walaupun aku berasal dari Kuala Kangsar, terpaksa jugalah guna khidmat Makcik Google Maps untuk mencari tempat berkenaan.  Rupa-rupanya ia terletak tidak jauh dari Sekolah Menengah Bukit Merchu di mana aku pernah menuntut ilmu selama lima tahun.

Kami sampai di warung tersebut pada waktu tengahari.  Dari depan nampak macam tak ramai orang walaupun kerusi meja yang ada penuh diduduki.  Rupa-rupanya di bahagian belakang ada kawasan luas yang menempatkan puluhan  meja lagi.  Syukurlah kami dapat juga tempat duduk.

Jom tengok diantara apa yang kami pesan dan makan :


Nasi goreng untuk kedua-dua cucuku.  Sedap.  RM6.00

Waffle - juga sangat sedap (panas-panas lagi ni).  RM6.00 untuk 2 set.

Lemonade Lychee.  Sedap juga dan besar bekasnya.  Mengah nak habiskan. RM6.00

Aiskrim.  Eh...sedap juga.  Kena pula cuaca sedang panas berdenting. RM3.00 sebekas

Memang tak tipu dia punya sedap walaupun nampak biasa...  RM3.00 satu set

Nasi goreng kambing.  RM12.00 sepinggan.  Kami pesan 5 pinggan.  Cuma yang ini agak lambat tiba sehingga kami rasa banyak membuang masa.  Tapi memang sedap dan Angah memang pesan sangat supaya cuba makan.  Memang banyak sehingga tidak terhabis nak makan sepinggan.

Inilah bilnya.  Kurang sekupang seratus...hahaha...


10 ulasan:

  1. Memang nampak menyelerakan semua menu2 tu kakcik..

    BalasPadam
  2. tgh puasa ni tgk gmbr makanan sedapnya..aiskrim tu mmg dpt time tgh cuaca panas sedao...nasi goreng kambing pn yummy tu

    BalasPadam
  3. Dah dapat letak foto dah ni...Alhamdullilah.

    BalasPadam
  4. makan ramai-ramai kan kakcik itu yg bilnya segitu, tapi tengok pada semua tu nampak sedap sangat la lagi-lagi nasi goreng kambing tu menggoda sangat

    BalasPadam
  5. Terliur tengok ais-krim tu bestnya nampak nasi goreng kambing tu dahlah hampir sampai waktu lunch hurmmm... terfikir pulak ank makan apa nih! hiks!

    BalasPadam
  6. serius tertelan ayaq liur tengok semua makanan tu. dan lagi telan ayaq liur bil kurang sekupang 100 tu. huhu

    BalasPadam
  7. lain macam menu Selera Kampung ni, kakcik...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com