Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 10 Januari 2020

Makan malam di Restoran Asputra, Kuala Perlis...

Di Kuala Perlis, kami menginap di Putra Brasmana Hotel.  Kami menempah dua bilik melalui laman web Agoda.  Sebenarnya suami dapat satu bilik yang ditempah oleh pejabatnya.  Disebabkan kami ramai (Along sekeluarga 4 beranak, anak bongsuku dan kami suami isteri), jadi kami tempah bilik lain.  Yang kelakarnya, sibongsu yang diberi bilik bersendirian 'lari' ke bilik mak ayahnya di waktu malam kerana 'takut' dengan bunyi siulan angin yang begitu kuat mendayu-dayu...

Malam pertama di Kuala Perlis, atas saranan pekerja hotel, kami makan di Restoran Asputra.  Jom tengok-tengok apa yang ada...

Eh...gambar siakap masam manis dan kerang bakar yang kami pesan tiada pula.  Jumlah yang dibayar untuk makan di sini adalah RM110.00







Sebahagian dari hidangan yang dipesan.

Alhamdulillah.  Keputusan peperiksaan Semester Pertamanya sangat memberangsangkan.  Jadi, cuti ini juga sebagai hadiah kepadanya dan dapat membeli baju, seluar dan kasut serta selipar yang disukainya di Padang Besar. Walau hanya mampu berbelanja di Padang Besar sahaja dan bukan di kedai berjenama, aku tetap bersyukur kerana ada juga yang boleh kuberi kepadanya. 

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah.Tahniah adik.
    Petai tu..amboi.
    Dapat meluangkan bersama-sama keluarga itu satu nikmat dan terapi.

    BalasPadam
  2. sedap nampaknya menu tu kakcik, paling best nengok sotong celup tepung tu... dana suka sotong yg di goreng gitu dari yg di goreng dgn tepung yg banyak macam jemput2 tu...

    heheh teringat masa kakcik cerita psl si bongsu tuh, kalau tak biasa memang seram bunyi angin yang kuat, siulan dia tu buat bergegar iman kalau dgr lewat malam

    BalasPadam
  3. memang puas hati makan kat kuala perlis. nak pulak tengok sunset ke camtu. perghhhhh ^_^

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com