Kawan-kawan kakcik

Rabu, 6 November 2019

Entah...

...aku sendiri tidak pasti
tentang denyut dan rasa hati
sejujurnya aku senang bersendiri
sudah lali tiada yang peduli

entah esok atau sebentar nanti
aku akan dipanggil kembali
dengan segala kekurangan diri
balasan di sana tetap menanti

entah siapa yang ambil tahu
walau mereka yang konon sayang kepadaku
seringkali aku termangu-mangu
seolah-olah sepi itulah teman baikku...

Senyumlah walau hati sedang terluka...
 

14 ulasan:

  1. insyallah sentiasa ada yang menemani, setiap masa di mana juga... kami pun ada sentiasa mendoakan dari jauh untuk kesejahteraan mu kakcik

    BalasPadam
  2. semoga yg terbaik hanya untuk kakcik <3

    BalasPadam
  3. Alahai!!! sedih pulak Mrs. A baca coretan kakcik ni.
    Teringat kat mak Mrs. A di kampung.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. Sangat mengerti perasaan itu,kakcik.

    BalasPadam
  6. kadang-kadang hati kecil kita ni mudah terguris rasa juga kan kak cik ada ketikanya, semoga kakcik sentiasa di dalam kasih sayang Allah swt, aamiin

    BalasPadam
  7. diusia kita ni cepat sgt terasa hati,kan kakcik..

    BalasPadam
  8. Sunyi boleh jadi pengubat jiwa, namun lebih banyak mengundang luka..

    BalasPadam
  9. Walau apapun yang berlaku, moga makcik sentiasa kuat sepanjang hayat, kita terlebih mampu dalam menghadapi segala yang tertulis :)

    BalasPadam
  10. Kat mana tu KC.... tenang rasa tengok hijau kan....
    Ha a saya pun suka sendiri kadang kadang.... buat apa yg kita suka, tak de org kacau

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com