Kawan-kawan kakcik

Rabu, 16 Oktober 2019

Rumahtangga - selama mana pun, dugaan tetap ada...

Gambar hiasan. Rasanya gambar ini sudah berusia 9 tahun.

Jangan kata baru setahun jagung, yang sudah berakar umbi pun belum tentu akan 'selamat'.  

Ujian tetap akan datang.  Bukan hanya dari pasangan yang mungkin tergoda dengan persekitaran - kawan-kawan, ransangan dari 'kaum berlainan jenis', campur tangan kaum keluarga.  Ujian dari keadaan kewangan yang sentiasa tidak cukup.  Ujian dari salah seorang yang mungkin memandang remeh pada suruhan dan larangan agama.  Ujian dari kiri kanan atas bawah yang tidak terjangka!

Jadi, kebahagiaan yang Allah kurniakan saat ini, bukanlah tiket untuk kita menunjuk-nunjuk bahawa kononnya kitalah pasangan yang punya rumahtangga serba sempurna.  Sebagaimana nyawa kita yang dalam genggamanNya, begitu jugalah setiap sesuatu yang kita ada.  Segalanya hanya pinjaman belaka.

Sentiasalah bersedia dan berdoa juga berusaha agar apa yang kita ada itu DIA redha dan memberkatinya...

8 ulasan:

  1. Betul kak.Bahagia itu rezeki.Bila Allah izin kita nikmati rasa bahagia syukuri sentiasa kerana itu juga ujian daripadaNYA..kerana tidak mustahil sekelip mata ujian didatangkan kepada kita.Sama ada terus pada kita atau pasangan kita.

    BalasPadam
  2. Setuju dengan kakcik kalau iya pun sedang berbahagia tak perlulah menunjuk-nunjuk sangat terutamanya di SocMed.

    Bahagia tu biarlah kita aje yang rasa tak perlu kot dipertontonkan.

    BalasPadam
  3. Betul tu kak.. hanya kita yg merasai 'Bahagia'..mgkin tak perlu di pertontonkan sgt..apa pun, setiap rumahtangga pasti ada ujiannya..

    BalasPadam
  4. Yaaa Kak, bertahun lama pun, kalau Allah nak bagi ujian, sekelip mata boleh berubah...berserah, redha dan hadapi dengan tenang aja...

    BalasPadam
  5. semoga dipermudahkan urusan harian akak dan suami

    BalasPadam
  6. Memang risau kak. Dugaan datang bermacam macam bentuk. Moga kekal la hingga ke Jannah walau pun kat dunia ni bagai anjing dengan kucing.

    BalasPadam
  7. rumahtangga diuji dengan bermacam macam.Sakit demam,ragam mertua,kewangan masih boleh lagi bertahan.Namun sekali curang,melayang cinta, hormat dan sayang.

    BalasPadam
  8. Rumahtangga SA mmg dh hancur musnah lama dah mak..14 tahun dh...nak bina rumah baru xde yang sudi plak...apa kata mak tolong carikan calon utk SA...hahahhaha...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com