...kerana sebenarnya kita juga mengharapkan ehsan yang diturunkan Ilahi melalui jalan yang ditentukanNya...
Selain Snowy, ada beberapa ekor kucing lain datang menumpang berteduh, makan dan minum di hadapan rumahku. Kucing-kucing ini nampaknya ada yang boleh 'bertegur sapa' sesama mereka. Tetapi ada juga yang menunjuk sombong. Pantang kucing lain datang dekat, dia akan cuba tunjuk garang dan bersiap sedia untuk menerkam.
Eleh... sama-sama datang menumpang, suka hati saja nak tunjuk garang. Sudahlah dia tu datang kemudian dari yang lain, hendak berlagak bagai abang kawasan. Dia tak tahu, sekali tuan rumah bertukar jadi singa, semua sekali kena hambat keluar!
Dia suka dimanja |
Sebenarnya, hanya Snowy yang ada 'lesen' untuk masuk ke dalam rumah dan boleh tidur baring sesuka hati kerana dia pandai bawa diri. Tidak menyepah mahu pun membuang di sana sini. |
Makan pun tidak mahu berkongsi bekas yang sama |
Yang inilah suka sangat tunjuk garang |
Begitu juga kita manusia. Hendak tunjuk sombong kerana apa? Bukankah segala yang kita ada, boleh hilang bila-bila masa? Kenapa hendak berkasta-kasta juga?
Betul tu Kak Chik..buat apalah nak sombong..hidup di dunia ni tak lama...:(
BalasPadamAlhamdulillah Snowy dah sihat..
Sifat sombong, riak,takbur...adalah ciri2 org yg jahil,tak beriman...
BalasPadamsombong-sombong ni tak ke mana.. hiduplah sorang2
BalasPadamTak boleh menongkat langit pun kalau sombong ni. Mudah mudahan dijauhkan dari kita semua. Jemput singgah dan komen di blog ibu lala kak cik
BalasPadamOrang sombong jadi ujian bagi kita.
BalasPadamKalau kita dapat memundukkan kesombongannya secara berhikmah, berjayalah kita.
Tak kemana pun kalau kita sombong. Samalah macam berblogging ni.
BalasPadamSaya jumpa banyak blogger yang rasa blogwalking atau comment dekat post blogger lain ni bukan level dia tapi merungut blog traffic tak naik2 hahaha
Saya ni pencinta kucing, and those cats are soooo cuteeeeeeee!
Tak dapat apa pun kalau sombong...
BalasPadam