Kawan-kawan kakcik

Selasa, 25 Jun 2019

Bila si bongsu sambung belajar...

...maknya tiba-tiba rasa sunyi 😐.  Sedangkan sewaktu belum sambung belajar pun, bukannya dia 'lekat' sangat di rumah.  Lepas SPM saja, dia sibuk bekerja sambilan sana-sini.  Dapat duit dia kumpul, lepas tu dia 'kerjakan' motorsikal ayahnya...

24/06/2019, dia sambung belajar di Institut Kemahiran Mara (IKM), Kuala Lumpur yang jaraknya tak sampai pun sepuluh minit berkereta dari rumah (kalau jalan tak sesak lah).  Dia masuk kursus Kejuruteraan Teknologi Mekanik Industri untuk tempoh dua tahun (peringkat Sijil).  Mudah-mudahan dia akan berjaya dengan cemerlang dalam pengajiannya.  InsyaAllah.

Tapi yang peliknya, bila dia ditinggalkan untuk belajar, tiba-tiba sahaja maknya ini rasa macam kehilangan sesuatu.  Rasa sunyi dan sebak tiba-tiba... Sebelum ini, abang-abangnya bukan tidak pernah tinggal di asrama (kecuali yang nombor tiga - berulang-alik dari rumah).  Tidak pula maknya terasa sunyi sangat.  Mungkin sebab dia yang bongsu, agaknya.  Seminggu ini, telefon bimbitnya (dan semua pelajar) dalam simpanan pihak IKM, jadi memang tak boleh nak bertanya khabar...


Belajarlah bersungguh-sungguh.

Sewaktu pendaftaran.  Di mana dia duduk, maknya tak akan berada jauh.  Sentiasa mengintai, apa lagi yang mungkin diperlukan...

...hahaha...alahai mak... macamlah orang lain tak ada anak!
Siapa ingat budak comel ini? 😄

4 ulasan:

  1. Budak comel ni dah tinggalkan maknya kerana menuntut ilmu..alhamdulillah.Moga dipermudahkan urusan menuntut ilmu ya adik..selagi boleh.Setakat mahu dan mampu adik.Aamiin.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kakcik...biasalah kak kalau anak2 duduk berjauhan atau sambung belajar,kita memang akan rasa lain sesangat kan...

    BalasPadam
  3. Semoga si bongsu berjaya mengejar cita2nya.
    Biasalah kita emak bapak akhirnya tinggal berdua aje kat rumah.

    BalasPadam
  4. cepat je membesar. Itu tandanya kita semakin muda kakcik :)
    Moga dia berjaya dunia akhirat, Aamiin

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com