...jadi bersederhanalah. Semoga lapar dan dahaga bukanlah sia-sia, sebaliknya membawa hati merasa insaf pada merka yang sering tidak cukup segala...
Kalau biasanya kita berbelanja seadanya sahaja pada hari-hari lain, janganlah pula di Ramadan ini kita berbelanja berkali ganda. Kononnya Ramadan setahun sekali dan pelbagai makanan hanya ada di bulan ini, maka semuanya ingin dirasai dan akhirnya menjadi pembaziran demi pembaziran yang tidak pun sesekali dikesali. 😞😞
Keinsafan yang bagaimana akan dirasai bila lapar dan dahaga sepanjang siang rupa-rupanya menanti waktu untuk dilampiaskan sepuas-puasnya sebaik tiba Maghrib? Fikirkanlah...
Juadah sahur kami malam tadi. Yang harus ada, kubis masak air kesukaan En Suami. Ikan masak sambal menggunakan pes sambal tumis Kakcik Seroja. Mudah dan tidak perlukan masa yang lama untuk menumis... |
Kalau biasanya kita berbelanja seadanya sahaja pada hari-hari lain, janganlah pula di Ramadan ini kita berbelanja berkali ganda. Kononnya Ramadan setahun sekali dan pelbagai makanan hanya ada di bulan ini, maka semuanya ingin dirasai dan akhirnya menjadi pembaziran demi pembaziran yang tidak pun sesekali dikesali. 😞😞
Keinsafan yang bagaimana akan dirasai bila lapar dan dahaga sepanjang siang rupa-rupanya menanti waktu untuk dilampiaskan sepuas-puasnya sebaik tiba Maghrib? Fikirkanlah...
sangat setuju
BalasPadammenu telur tu paling fav ..ada pes sambal tu senang...sayur kobis air tu fav juga hehe
BalasPadamrajin betul kakcik, mcm2 menu... dana pg td cuma grg ikan je kakcik hehehhe... mlm ni tak tau lah nk msk apa pulak utk berbuka, tp kami mmg msk simple2 je... mkn cuma ber3 je
BalasPadamMasak air tu yang biasa diserang dulu...habis dulu..sedapnya..betul la Kakcik..puasa itu bukan sekadar disiang hari....puasa nak kawal nafsu membeli itu pun satu hal yang mesti diambil kira..
BalasPadamSaya dah 12 tahun bersahur dengan lauk beli dari kedai....
BalasPadamMenu sahur simple-simple aje dah cukup yang penting kena panas-panas gittew...
BalasPadamMrs. A pun suka ikan kembong/selar goreng sambal.