Amboiiii...bergulung lidah hendak menyebutnya! 😃😃. Hendak diterjemah ke Bahasa Melayu, agak panjang juga : Isi Ayam Bersalut Serbuk Roti dengan Sos Mentega Susu dan Telur Masin... ish... mencungap nak menyebutnya!
Ini adalah resepi baru dari dapur Chef Min. Setakat hari ini, harganya satu set dengan nasi putih masih RM10.00... Mungkin nanti harganya TERPAKSA dinaikkan berikut bahan-bahan yang digunakan agak mahal, apatah lagi jika dibuat dalam kuantiti yang sedikit 😏 . Antara bahan yang digunakan adalah susu cair, mentega, keju, kuning telur masin selain isi ayam bahagian dada.
|
Isi ayam bahagian dada yang lembut... |
|
Kuahnya dibungkus asing dan dituang bila hendak makan. |
|
Jika berminat, bolehlah buat tempahan 😀 |
|
Antara ulasan pelanggan. Alhamdulillah. |
Alhamdulillah..melangkah lagi setapak setelah donut comel lagi montel..syukur sangat-sangat..berkat sokongan dan doa seorang ibu..besar peranannya..moga terus jauh melangkah dan berkembang luas perniagaan ini..aamiin..aamiin..aamiin.
BalasPadamAamiin Ya Rabbal Alamiin. Terima kasih PC ❤
Padamsedapnyaaaaaaaaaaaaaa
BalasPadamInsyaAllah sedap bagi yang suka 😊
Padamlama dh dana tak oder sambal kakcik, ayam butter tu pun teringat2 lagi kesedapannya... ni ada menu baru lak... bila la nk try ngoder nih
BalasPadamTerima kasih Dana kerana selalu bagi sokongan ❤
PadamBoleh order online ke kakcik nur sambal Tu..
BalasPadamKakcik belum berani hendak pos sambal tu. Takut pecah atau tumpah 😊
PadamRingkaskan, SEBC Chicken
BalasPadamHahaha...nanti orang tak faham pulak 😊
Padamsemoga semakin berjaya..
BalasPadamAamiin Ya Rabbal Alamiin. Terima kasih Yan 😊
PadamBerbisness kat KL ni mmg lakukan KC, yg penting kena rajin dan sedap..... insyaallah adalah orang yg akan ulang order nanti. Ulasan pun nampaknya posiif tu KC... Tahniah Chef Min
BalasPadam