Kawan-kawan kakcik

Isnin, 1 April 2019

Suku tahun telah berlalu...

Suku tahun (bersamaan tiga bulan dari dua belas bulan) sudah berlalu.  Hari ini sudah 1 April 2019. Dalam 3 bulan, pelbagai perkara boleh terjadi.  

Setiap detik ada yang datang dan tidak kurang yang pergi.   Ada yang masih mencari-cari (tidak kiralah apa yang di cari, sama ada jodoh mahu pun rezeki) dan ada juga yang tidak peduli.  Redha dengan apa yang ada  atau apa sahaja yang tiba tetap diterima.  Ada yang tidak pernah puas walaupun segala-galanya sudah tersedia.  Bagai ingin digapai apa sahaja yang melintas tidak kira siapa punya. (Kita mudah lupa bahawa semua yang ada adalah milik DIA).

Sebagai manusia, pastinya keinginan-keinginan tetap ada.  Walaupun mungkin tidak perlu, sesekali mengalah juga kepada nafsu. Akulah itu! Ada keinginan yang tidak terluah, dan akhirnya aku mengalah.  Bahawa keinginanku perlu diketepikan kerana ada keperluan lain yang perlu didahulukan.  Bagi seorang ibu, kehendak anak kena diutamakan dahulu.  Sesekali datang rasa terkilan, namun ia perlu ditelan perlahan-lahan...

Suku tahun yang telah berlalu ini, tiada apa-apa pencapaianku selain tetap sendu dan menahan rasa diam-diam dengan hanya Allah Yang Maha Tahu. 
 

9 ulasan:

  1. allahuakhbar memang cepat masa berlalu. dah masuk bulan April.
    semoga kita semua dimurahkan rezeki dan sihat sentiasa..

    BalasPadam
  2. Semoga dipermudahkan segla urusan kakcik sekeluarga.

    BalasPadam
  3. Iyalah Kakcik rasa macam baru lagi sambut new year tapi rupanya dah suku tahun berlalu.
    I feel you samalah dah jadi mak keperluan kita kira kemudian yang penting keperluan anak didahulukan. Anak happy ibu pun akan happy.

    BalasPadam
  4. cpt betul masa berlalu kan kakcik, ramadhan nk menjengah lg sebulan je... moga sama2 kita dpt brjumpa dgn ramadhan ya...

    bg dana, doa dana moga trs diberi kekuatan n kesihatan yg baik... biarla lama lg dpt menabur jasa pd org tua, membesarkan sorang anak syurga tu

    BalasPadam
  5. Menahan rasa diam-diam itu satu yang sangat menyakitkan dan menyesakkan sebenarnya. Moga Allah SWT nilai ia sebagai kesabaran dan dihadiahkan ganjaran luar biasa .Aamiin.

    BalasPadam
  6. Cepatnya masa berlalu
    Semoga Allah permudahkan urusan seharian hidup kita ini.

    BalasPadam
  7. Terasa cepat masa berlalu kan KC.... Sama je kita ni KC, nama pun manusia kan, tak semua yg kita nak akan tercapai.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com