Selepas habis menduduki peperiksaan SPM tahun lepas, anak bongsuku ini bekerja dengan 'food truck' di Bukit Ampang View Point. Waktu kerjanya lebihkurang dari jam 9.00 malam hingga 4.30 pagi. Selalunya dia akan sampai di rumah antara 5.00 hingga 6.00 pagi. Kadangkala dia singgah makan di mana-mana atau singgah sekejap di cyber cafe. Dia akan bagitahu di mana dia berada bila ditanya.
Pada subuh 13/4/2019, dia tidak menjawab whatsapp yang aku hantar. Hati ini sudah mula bimbang. Selepas solat Subuh, aku semak whatsapp dan aku nampak ada jawapan (yang aku baca) 'adik boleh call jap tak'. Aku terfikir kenapa pula dia tanya nak call? Aku baca sekali lagi 'acik boleh call jap tak'. Jantungku mula berdegup kencang. Aku terus telefon dan ternyata yang menjawab adalah kawannya. 'Acik datang ke Hospital Ampang sekarang. Di wad kecemasan.'
Allah Ya Allah... Pada waktu yang sama, suamiku baru balik dari solat Subuh di surau berdekatan. Aku salin pakaian dan terus ke hospital bersama suami. Beberapa orang kawan anakku berada di luar wad kecemasan. Mereka dah uruskan pendaftaran dan sebagainya. Mereka juga yang berjaya menahan kereta yang melanggar anakku dari 'lari'. Syukur Alhamdulillah atas keprihatinan mereka. Mereka bawa anakku ke hospital dengan kereta yang melanggarnya kerana lambat dapat menghungi ambulans dan polis.
Menurut kawan-kawan anakku dia terus kejang dan mulutnya berbuih sebaik dilanggar dan terjatuh ke atas jalan.
Waktu aku masuk melihatnya, anakku masih mamai dan baru lepas muntah. Dia memang tak ingat apa-apa... |
Lelaki Cina yang menunggu ayahnya di katil berdekatan menyarankan agar aku mengambil 'kerusi malas' di bilik yang disediakan agar aku boleh berehat (tidur) dengan lebih selesa. |
5.45 pagi dia kemalangan, 5.45 petang baru masuk wad |
Luka di bahagian bahu, pinggang dan pergelangan kaki (buku lali). Gambar ini selepas aku salinkan pakaiannya tanpa mandi. Alhamdulillah dia boleh tidur lena. |
Sekarang anakku sudah berada di rumah. Motorsikalnya mengalami kerosakan teruk. Laporan polis juga sudah dibuat. Semoga urusan selepas ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan semoga anakku segera pulih sepenuhnya. Aamiin.
Semoga adik sembuh segera ya. Saya tak boleh nak bayangkan situasi ni macam mana kakcik. Saya pernah teman mak saya dalam hospital 3 hari sebab kemalangan. Mak saya pun hampir kena masuk besi pada tulang lengan..tapi dengan izin Allah tak jadi. Doktor cuma cantum balik tulang tu..haish bagus dapat tangkap yang langgar tu. Harap tak jadi apa2 pada bahagian kepalanya.
BalasPadamAllah kakcik, sedangkan dana ni, tiap pagi mmg papa dia akan bonceng aiyan ngn motor hantar ke sekolah... dekat je ngn opis dana tp tu pun dlm hati ni tak berhenti2 doa moga selamat lah 2 beranak tu kt sekolah... ni kn pulak si bongsu kakcik yg kerja mlm hingga pagi...
BalasPadamnsbla ada kwn2 nya yg sgt bagus membantu segala urusan dr semasa kemalangan hingga ke hospital... syukur sgt ye kakcik... moga si bongsu cpt sihat spt sediakala...
Semoga adik kuat dan cepat sembuh...syukur adik dah sedar
BalasPadamsalam kak, anak saya baru saja kemalangan..patah bahu dan pergelangan kirinya. skrg dirumah dalam mc
BalasPadammenangis saya baca ni kak, allah kalau bab anak2 saya sgt tersentuh, lebih2 lagi mengenangkan anak saya yg sulung dok berjauhan di asrama, semoga anak akak kembali sembuh seperti biasa dan saya harap tiada apa2 yang serius
BalasPadamSemuga anak akak kembali sembuh.
BalasPadamAllahuakbar...smoga anak Kakchik segera sembuh serta pulih spt sediakala..
BalasPadamAllahu... semoga sabar dan tabah dengan ujian.
BalasPadamSyukurlah anak Kakcik dah discharged.
Allah kakcik..melayang nyawa sekejap bila dpt panggilan hospital ni ye..syukurlah adik kembali sihat...siannya dia..semuga adik terus sihat kembali amin
BalasPadamSemoga BS kembali sihat seperti sediakala
BalasPadamAllahuakbar. Naluri ibu. Moga terus sihat dan apa pun urusan seterusnya dipermudahkan oleh Allah SWT.
BalasPadamInnalillah... semuga anak kak cik sudah semakin pulih sekarang!
BalasPadamallahuakbar! tadi awa baru tgk sndiri ada accident keta langgar moto kat depan mata... ni kebetulan baca kat sini anak kak cik kena langgar.. moga semua makin okay ya.. ameen
BalasPadam