Terima kasih Wahida. Mak nak jawab pun tak berapa pandai. 😀 |
Walaupun sudah 32 tahun berumahtangga, jujurnya makcik rasa tidak layak untuk memberikan sebarang tips atau petua alam rumahtangga.
Lain orang, lain cabaran dan ujian yang dihadapi. Sama ada dari segi kesetiaan, kewangan, kesihatan atau lain-lain hal (termasuk campur tangan dari keluarga pasangan).
Sepanjang berumahtangga, tidak semuanya manis belaka. Namun sikap saling jujur dan mempercayai sesama sendiri sangat penting diamalkan. Berkata benar biar pun pahit.
Sabar memang penting. Baik diri kita mahu pun pasangan pastinya tidak sempurna. Kekurangan mesti ada di sebalik kelebihan yang mungkin kita bangga-banggakan. Bila datang hasutan sama ada dari luar atau bisikan hati sendiri, istighfarlah. Saat marah, jangan berkata-kata. Diam hingga suasana reda. Bila suasana sudah tenteram, barulah perlahan-lahan curahkan perasaan.
Bagi makcik dan suami, duit sama ada gaji atau pendapatan lain adalah untuk dikongsi. Tiada istilah 'duit kau duit aku, duit aku duit aku'. Bahkan pakcik sepenuhnya percaya kepada makcik menguruskan pendapatannya. Jangan tanya dia tentang perbankan atas talian atau berapa baki yang tinggal dalam akaunnya. Semuanya dia serahkan kepada makcik untuk uruskan. Sementelah kami sama-sama pernah susah dengan gaji yang rendah, tiada pula makcik hendak mengambil kesempatan atas kepercayaannya.
Ujian juga kadangkala datang dari anak-anak. Kalau seorang sudah marah kepada anak, jangan yang seorang lagi hendak menokok-tambah. Jadilah air yang boleh memadamkan api. Jangan jadi angin yang memarakkan kebakaran.
Kalau hendak ditulis memang banyak. Tapi cukuplah satu dua yang makcik kongsikan berdasarkan dari apa yang makcik lalui sendiri... 😏😏
Selamat ulang tahun perkahwinan kak cik.
BalasPadamInsyaAllah..jodoh sampai syurga..
BalasPadamAlhamdulillah semoga panjang jodoh kakcik dan suami selama2nya.
BalasPadamMoga jodoh kekal hingga ke hujung usia dan kakcik dan en. Suami. Moga rutin harian dipermudahkanNYA.
BalasPadamAlhamdulillah.
BalasPadamSemoga kekal bahagia selamanya.
Terima kasih atas perkongsiannya KC. Jadiklah ...... kalau KC bagi banyak tips pun belum tentu saya ni dapat folo semua hihi...Maklumlah nak buat benda baik kan, memang cabarannya besar....
BalasPadam