Kawan-kawan kakcik

Isnin, 7 Januari 2019

Harapan 2019...

...sekejapan sudah seminggu
apakah ada yang masih tertunggu-tunggu
tentang janji di tahun terdahulu
hingga kini tak nampak bayang apa lagi bau

bagi diriku...
cukuplah segala airmata yang tertumpah dahulu
semoga tiada lagi ujian yang tak terpikul dek bahuku
pedih dan perit hanya Allah yang tahu

ingin sekali keluar dari sarang
biarlah dekat kalau tak dapat ke seberang
melihat-lihat ke tempat orang
meredakan sedikit tekanan yang bersarang

kalaulah ada izin Ilahi
ingin sekali lagi ke Tanah Suci
mengerjakan Umrah kalau tak dapat Haji
semoga tertunai di usia yang berbaki

kedut yang ketara tanda diri dimamah usia

10 ulasan:

  1. Diam tak diam hari beratus semakin menyusut berbaki.Moga apa yang Kakcik hajati Allah SWT makbuli.Aamiin.

    BalasPadam
  2. Semoga mak terus tabah menghadapi dugaan, jangan stress ye mak..fikirkan yang indah- indah..SA doakan semua impian mak menjadi kenyataan

    BalasPadam
  3. semoga tahun kita lebih diberi kesihatan yg baik. diberi kebahagian yg lebih dr tahun lps ye kak

    BalasPadam
  4. Mudah2an azam tahun baru untuk ke tanah suci akan termakbul
    Aamiin

    BalasPadam
  5. selamat tahun baru kak...semoga sentiasa sihat, dimakbulkan semua hajat olehNya..

    BalasPadam
  6. Insya Allah kak..impian akan jadi kenyataan.

    BalasPadam
  7. AMEEENNN.. semoga lancar je di tahun baru ni.

    BalasPadam
  8. dah 9 hari di bulan januari 2019. allahu, betapa cepat masa berlalu. semoga kita semua dipermudahkan urusan oleh Allah Taala. aamiin

    BalasPadam
  9. Insyaallah moga tercapai hajat 2019 KC tu.....Kita semua diuji dengan cara yg berbeza KC. Moga kita semua tabah dan sabar...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com