Kawan-kawan kakcik

Isnin, 10 September 2018

Masih ada...




Assalamu'alaikum.  Apa khabar kalian yang masih sudi singgah di sini?  Sudah hampir sebulan blog ini sunyi.

Aku masih ada.  Masih meneruskan kehidupan selagi diizin Tuhan. Cuma tak semua perjalanan kehidupan itu sesuai untuk dikongsikan.  Takut ianya menjadi bahan fitnah dan bahan perbincangan.  Jangan jerat orang lain untuk sama berdosa dalam kehidupan kita walaupun kita mungkin tidak tahu apa-apa.  Mahsyar itu luas.  Di dunia pun susah hendak berjumpa apatah lagi di sana...

Selagi hidup, walaupun kita tahu kita bukan orang baik, tapi tidak salah mencuba untuk 'berpura-pura baik' sehingga lembut hati kita untuk meneruskan kebaikan dari cuba-cuba dan pura-pura menjadi betul-betul baik.  InsyaAllah...

9 ulasan:

  1. Betul Kakcik...sama juga jika kita tidak suka kebaikkan...paksa diri moga nanti lama-lama jadi rela...aamin.

    BalasPadam
  2. Fikir yang baik2
    Buat yang baik2
    Doa yang baik2
    Mudah2an Allah kurniakan ynag baik2.
    Salam Maal Hijrah 1440.

    BalasPadam
  3. Semoga kakcik diberi Kemudahan dalam menghadapi cabaran yg mendatang . Betul kakcik.Tak semua yg kita fikir dan hadapi boleh dishare seluas luasnya. Takut makan diri. Disalaherti.

    BalasPadam
  4. Semoga tahun ni hidup kita semua lebih bertambah makmur dan diberkati Allah.

    BalasPadam
  5. Salam, kakcik...

    Sesuai dengan usia dan suasana, kita selalu dihambat dengan rasa tidak dihargai. Kawan sudah kurang, anak anak pula ada kehidupan sendiri. Kita terasa kesaorangan dan sunyi.

    Inilah hakikat kehidupan di kaki hari...

    BalasPadam
  6. slm kak. saya pun masih ada. alhamdulillah

    BalasPadam
  7. Moga rutin harian Kakcik dipermudahkanNYA..

    BalasPadam
  8. begitu lah episod kehidupan kakcik, sentiasa apa pahit manisnya, ada masam manisnya....
    moga kekcik terus mencoret di sini, moga kakcik sekeluarga sentiasa dlm lindunganNya

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com