Kawan-kawan kakcik

Selasa, 18 September 2018

Donut mini, popia carbonara dan tauhu begedil...

Ini tauhu begedil yang sibongsu buat sendiri, tapi sambal kicap itu dia minta tolong maknya buatkan.  Alhamdulillah, dia boleh sediakan sendiri apa yang dia ingin makan.


Abangnya pula masih bertatih untuk berniaga makanan yang mudah disediakan.  Selepas berniaga lontong, sekarang dia cuba buat dan jual popia carbonara.  Popia ini memang penuh isi.  Selain ada sos carbonara yang dimasak dengan isi ayam dan sayur campur, intinya juga ada jejari ketam (crabstick) - boleh ditukar kepada isi ayam mengikut permintaan dan ada lobak merah.

Harganya juga murah-murah sahaja.  

Beli 1 = RM3.00
Beli 2 = RM5.00
Beli 5 = RM10.00




Selain itu dia juga mengusahakan donut bulat mini.  Juga dijual dengan murah-murah sahaja.  Setiap bekas mengandungi 20 biji donut bulat mini dijual dengan harga :

Biasa = RM5.00
Coklat = RM7.00
Karamel = RM7.00
 




Ada yang berminat?  Boleh whatsapp (whatsapp SAHAJA) ke nombor 012-2830569.  Sedikit kos penghantaran akan dikenakan mengikut kawasan.

Oleh kerana anak bujang ini telah masuk belajar semula menyambung pengajiannya di peringkat ijazah, tempahan pada hujung minggu adalah sangat dialu-alukan.

Terima kasih kepada yang sudi membaca dan mungkin sudi membuat tempahan.  (^_^)

5 ulasan:

  1. Bagusnya ada keinginan untuk berniaga.
    Semoga laris jualannya.

    BalasPadam
  2. Moga pelajaran dan perniagaan seiring dipermudahkan Allah..aamin.Syabas.

    BalasPadam
  3. Moga dipermudahkanNYA dan moga satu hari nanti saya dapat order.. ;)

    BalasPadam
  4. sedapnyaaa....!! popia carbonara tu fav..tp dah lama x buat..hehehe

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com