Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 29 Jun 2018

Masak lemak ayam dengan serbuk rempah lengkap...

Sebelum ini makcik ada kongsikan tentang mudahnya menyediakan masak kicap seperti di catatan ini : http://kakciknurseroja.blogspot.com/2018/06/masak-kicap-tanpa-kicap-biar-betul.html

Kali ini makcik kongsikan pula bagaimana hendak menyediakan ayam masak lemak cili api  dengan juga menggunakan Old Malaya Complete Spice.  Jom tengok...

Hanya dua scoop penuh diperlukan untuk memasak seekor ayam bersaiz sederhana...

...dengan  menggunakan serbuk ini, tidak perlu risau tentang mata terpercik cili sewaktu menumbuknya...

...telah lengkap asam garam kunyit cili di dalam serbuk ini.

Iya, memang telah mendapat Sijil Halal JAKIM.

Serbuk tadi dibancuh dengan lebih kurang 500ml air

Masukkan bancuhan ke dalam kuali.  Biarkan menggelegak sebelum memasukkan ayam yang telah dipotong kecil...

...boleh juga tambahkan kentang sekiranya suka.
  
Setelah kentang empuk, masukkan 400ml santan (makcik guna santan kotak - sebarang jenama)

Hanya lebih kurang 10 minit, gulai kita siap dimasak...



...dan boleh dihidangkan.  Mudah kan?


8 ulasan:

  1. wahhhh mudahnya! Mata tak kena cili, lantai dapur pun bersih tak terpercik sana sini

    BalasPadam
  2. Paling mudah bila dibuat waktu lepas balik kerja.. ;)

    BalasPadam
  3. part paling renyah nak numbuk dan tula pedih2 mata. senang haa ade serbuk ni da..

    BalasPadam
  4. Senang plak kan mak..sesuai untuk ornag bujang gak ni..kalau macam SA masih ada mak abah, sure diornag tak nak yang instant ni..kena gak la menumbuk..

    BalasPadam
  5. senang sangat ye kak.. rajin tak rajin masak je lah..

    BalasPadam
  6. Senangnya KC.... mana dapat tu? Kalau malas nak masak jugak tak taulah kan hihi...
    Tp kekadang tak puas jugak guna rempah segera mcm tu kan

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com