Kawan-kawan kakcik

Selasa, 26 Jun 2018

Masak kicap tanpa kicap? Biar betul!...

Hari ini makcik nak buat ayam masak kicap...

Kali ini makcik tak perlukan kicap dan bahan-bahan tumis seperti selalu...

...makcik hanya gunakan serbuk Rempah Lengkap (Complete Spice) yang dikeluarkan oleh Old Malaya Kopitiam.

Makcik cuma perlukan 2 scoop serbuk rempah ini untuk menyediakan hidangan ayam masak kicap makcik.

Bancuhkan dengan lebihkurang 2 cawan air

Panaskan sesudu minyak masak di dalam kuali (boleh terus masak tanpa menggunakan minyak, tapi makcik letak minyak untuk masakan nampak berminyak sedikit...eh...apa-apalah...)

...dan curahkan bancuhan serbuk rempah tadi...

...setelah menggelegak, masukkan ayam yang sudah digoreng.

Jika suka, bolehlah tambah cili merah dan bawang besar yang telah dihiris.  Balik-balikkan sehingga cili dan bawang menjadi layu...



Sedia untuk dihidang tanpa perlu menambah asam, garam dan gula...

Selain dari serbuk rempah lengkap untuk masak kicap, ada berpuluh jenis rempah lagi yang turut dihasilkan oleh Old Malaya Kopitiam seperti untuk masak lemak, tomyam dan lain-lain. Rujuk di SINI.




Rempah ratus yang disediakan ini sangat sesuai buat para pelajar yang duduk jauh dari keluarga, untuk para isteri dan ibu yang kesuntukan masa, malah untuk mereka yang suka bercuti ke mana-mana tetapi masih mahu memasak sendiri.  Didatangkan dalam bentuk serbuk dan tahan sehingga 18 bulan dari tarikh dikeluarkan, ia sangat mudah untuk dibawa berbanding rempah dalam bentuk basah dan berminyak.

Sebenarnya, Old Malaya Complete Spice ini telah pun digunakan dengan meluas  oleh pihak Tabung Haji dan juga dapur Istana Brunei.  Walaubagaimanapun, setakat ini ia belum boleh didapati di kedai runcit mahupun pasaraya.  

Jadi bagaimana untuk mendapatkannya?  Berkunjunglah ke cawangan-cawangan restoran Old Malaya Kopitiam (Bangi, Shah Alam, Nilai dan KLIA) dan dapatkannya dari sana.

7 ulasan:

  1. wah... senang betul tu kakcik... memudahkan ni kot2 nk msk cepat2 kan... n tak perlu bahan mcm2... mudah n ringkas

    BalasPadam
  2. kalau ada jual on line laku deras ni..

    BalasPadam
  3. Amboi senangnya mak...sesuai untuk orang bujang ni..x banyak kerja kan

    BalasPadam
  4. bagusnya...terutama bila ada tetamu datang...

    BalasPadam
  5. woaaah mudahnya. CT suka kalo masak kicap orang masukkan bawang last2. baru crunchy kan kan..

    BalasPadam
  6. Hari ni saya masak kicap daging KC .... tp guna kaedah konvensional lah hihi...
    Teringin jugak nak tau mcm mana dia buat rempah tu kan. Bahan apa yg dia guna sampai bancuhan dia jadi hitam tu

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com