Anda peminat makanan Jepun?
Anda sedang mencari-cari makanan Jepun yang serasi dengan tekak Melayu?
Tahukah anda bahawa di Nilai, Negeri Sembilan (berhadapan Nilai Square) terdapat sebuah restoran makan Jepun yang halal sepenuhnya? Ia dimiliki oleh Bumiputera (Melayu Muslim yang juga pemilik rangkaian restoran Old Malaya Kopitiam). Tidak susah mencari restoran Japanese Muslim Food ini bila anda sampai di Nilai Square / Dataran Nilai. Tak jauh dari stesen minyak Shell dan berjiran dengan Texas Chicken.
Jom kita tengok menu (sebelum itu sukacita diingatkan bahawa makanan yang dipesan di sini, akan disediakan mengikut tempahan. Maksudnya bukan makanan yang telah siap dan dihidangkan segera selepas dipesan. Jadi, pelanggan kena sabar menunggu pesanan disiapkan. Tetapi tidaklah sampai berasap duduk di kerusi baharu hidangan sampai...)
Harga setiap hidangan adalah sangat berpatutan...
Opsssss... licin licau... |
Udang tempura |
Sushi Platter (RM21.20) |
Gyuniko to cheese teppanyaki (RM19.70) |
Chicken teppanyaki (RM12.20) |
Dalam seminggu, makcik pakcik dan anak bujang kami boleh berulang ke sini sampai 3 kali dek terpukau dengan kesedapan hidangannya. Alhamdulillah, ada rezeki dari Ilahi bolehlah pergi. Bila teringin tapi kemampuan tiada, diam-diam dulu sehingga mampu untuk pergi lagi...
Selain dari hidangan Jepun, masakan Melayu juga ada disediakan di sini termasuk nasi lemak dan asam pedas di bawah jenama Old Malaya Kopitiam.
kalau diizinkan Allah, bolehlah cuba kat sini bila ke Bukit Mahkota nanti. Sambil shopping boleh jamu selera sekali.
BalasPadamMacam sedap aje
BalasPadamtapi harganya boleh tahan.
sedapnya bonda...bila dah ada japanese muslim food ni,takdelah ragu-ragu nak masukkan
BalasPadamoh owner sama ngan Old Malaya Kopitiam...nmpk sedap tu...fav japanese food
BalasPadamwaduh terliur nengok segala hidangan nya kakcik.... harga pun berpatutan sgt... boleh la try cuti2 nnti
BalasPadamSedapnya mak..chicken teppanyaki tu buat SA terliur...nanti nak skodeng la kat sini..x jauh pun dari rumah
BalasPadam