Kawan-kawan kakcik

Khamis, 3 Ogos 2017

Harga minyak naik lagi...


...tapi aku apa peduli
masih lagi aku boleh makan nasi
walaupun terpaksa beli beras ditimbang kati
janji perut terus berisi

esok-esok ia akan turun kembali
jadi untuk apa bersusah hati
ikut sahaja apa kata menteri
'ukur baju di badan sendiri'

kalau tak mampu jangan berlagak
berbelanja biar beragak-agak
pipit tidak akan jadi gagak
makan sedikit biar senang berak

susah kita orang tak tahu
menangislah kita walau tidak berlagu
bukan tidak terasa diri tertipu
namun merungut sahajalah yang kita mampu!


9 ulasan:

  1. naik kejap, turun kejap
    ermmmmmmmmmmmmm

    BalasPadam
  2. Naik ke turun ke
    Tetap kn Isi
    Hurmmmmm

    BalasPadam
  3. skrg kn tiap minggu ari kamis penyelarasan harga minyak kan... kadang dlm sebulan yg turun skit je naik je memanjang...

    bila time isi minyak tu mmg terasa lah... nsb bdn la kakcik oi

    BalasPadam
  4. harga minyak naik lagi...lepas ni ramai naik minyak sebab marah pulak..

    BalasPadam
  5. Sewaktu saya di Mekah tempohari, saya sempat bertemu dengan ramai bekas pekerja saya. Hampir kesemua mereka bertanyakan kepada peluang pekerjaan disebelah sini dan mereka ingin mengikut saya pulang. Soalan saya kepada mereka ialah, kenapa tak mahu tinggal di Saudi amnya dan Mekah khususnya? Mereka menggelengkan kepala dan berkata yang harga minyak telah meningkat berkali ganda dan itu menyebabkan harga barangan juga meningkat naik. Naik saja tak turun-turun....dan benar...sewaktu disana saya juga turut merasa tempias walaupun disana hanya seketika....

    BalasPadam
  6. Mmmm...naik ke turun ke...harga barang tetap melambung.

    BalasPadam
  7. Bila harga minyak naik ni kena edjust baliklah belanjawan kita.
    terutama yang kerja travel jauh kesian jugak.

    BalasPadam
  8. Yelah kan KC....tiap tiap minggu hadap jerlah minyak yg asyik naik, naik naik je kerjanya. Mampu merungut sendiri jerlah....

    BalasPadam
  9. Harga minyak tu nanti2 pandai turun la balik.. Nak merungut pun kena isi juga tiap2 minggu. Tapi harga barang tu ikut naik tapi tak nak ikut turun pula..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.