Kawan-kawan kakcik

Isnin, 22 Mei 2017

Resepi asam rebus ikan kembung...

Tak tahulah kenapa, semakin hari semakin hilang semangat hendak mengemaskini blog. Bukan tiada ilham, buka tiada masa, tapi.........


Sama malasnya hendak mengemaskini blog, begitulah malasnya
hendak memasak.  Maklumlah, memasak pun bukan banyak
resepi yang makcik tahu.  Masak asam rebus ini, tak perlukan
kemahiran pun...

Bahan-bahannya :

4 ekor ikan kembung
10 - 15 biji cili api
5 biji bawang merah
3 batang serai
4 - 5 keping asam gelugur
garam secukupnya
2 cawan air
sedikit serbuk kunyit
10 batang bendi (jika suka)

Caranya :

Tumbuk cili api bersama bawang dan garam.
Serai dititik-titik sahaja.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk
kecuali bendi. Masak hingga menggelegak
(ikan cukup masak).
Setelah menggelegak baru masukkan bendi.

Rasa masam masinnya agar sesuai dengan selera,

Siap.

11 ulasan:

  1. sedap ni kakcik... dana panggil msk pindang...

    sedap kalau hirup kuahnya...

    BalasPadam
  2. ini pun dah rasa nak tambah 2-3 kali bonda..ada sambal belacan lagi mengancam

    BalasPadam
  3. Masak ikan ni mcm senang. Tapi echa tak berapa pandai nak buat sbb takut ikan hancur. Huhuhu.

    BalasPadam
  4. Makanan fav SA ni mak...suka buat pedas2 pas tu hirup kuah...la ni dh pandai ikut style Kelantan, letak budu sekali...sedap...

    BalasPadam
  5. dulu memang tak suka makan singgang ni tapi bile umur meningkat ni selera berubah pulak..ada masa memang kena buat singgang makn dengan nasi lembik...tapi kena tambah ikan goreng ..nak rasa masin sikit he.he

    BalasPadam
  6. Faktor usia kut Kakcik ya...rasa malas segala...

    BalasPadam
  7. SEANGN MACAM NI PUN SAYA STILL TAK PANDAI LAGI MAK..hancur ikan saya kerja kan..kofkofkof..

    BalasPadam
  8. Yalah Kakcik tak tahu kenapa sekarang ni rasa malas. Tapi saya ni kalau mengadu malas aje, tetiba jadi rajin. Itu yang kena mengadu selalu ^_^


    Sesekali dapat pekena lauk macam ni, sedapnya bukan kepalang lagi, Kakcik. Boleh bertambah nasi dibuatnya.

    BalasPadam
  9. Minggu ni SA nak pindah umah..so x leh nak masak sgt

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.