Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 19 Mei 2017

Sesekali, kita mungkin perlu DITAMPAR...

Isu apa yang sedang hangat diperkatakan sekarang? 

Ooooo...isu tampar ya?  Hingga tenggelam isu harga petrol dan diesel naik semula.  Begitulah kita dilekakan mungkin sehingga kita tak mampu lagi mengerakkan kenderaan baharulah kita sedar bahawa ada isu yang lebih penting untuk kita ambil peduli...

Kita selalu berfikiran bahawa 'halaman kita hak kita'.  Suka hati kita hendak tanam apa atau hendak biarkan macam mana. Akhirnya kita terlupa bahawa tanaman kita sudah masuk ke halaman orang atau setidak-tidaknya menyakitkan mata dan hati orang.  Namun kita tetap tak peduli walau akhirnya ular sawa pun boleh beranak pinak di halaman itu dan mengancam kehidupan kita.

Bahasa mudahnya begini :

Kita sudah terlalu selesa berkata-kata atau menulis sesuatu yang pada anggapan kita semua orang suka.  Kita maki hamun pun, kita gunakan kata-kata kesat pun, kita rendah-rendahkan kebolehan orang lain pun, nampaknya ramai sahaja yang suka.  Kita lupa bahawa dalam ramai-ramai itu, ada yang lebih pandai dari kita dan ada yang begitu senang tersentuh hati dan perasaannya.  Namun mereka hanya diam.  Tak suka, mereka tak baca.  Tapi selama mana semua orang mampu bertahan?  Setiap manusia ada batas kesabaran.

Maka, pada suatu hari yang kita tak jangka, tamparan itu pun tiba. Adakah kita masih hendak mempertahankan apa yang kononnya kita kata hak kita itu?  Atau sudah tiba masanya kita mengkaji semula akan benar atau tidak, baik atau tidak apa yang kita lakukan selama ini?

Sama seperti kita sentiasa gunakan waktu sihat dan senang kita untuk berleka-leka.  Suatu hari, Allah Yang Maha Berkuasa menurunkan sakit atau musibah kepada kita.  Masa itu baru kita tersedar akan banyaknya masa yang kita sia-siakan.  Kita merayu dan berdoa agar kesihatan kita pulih dan berjanji untuk berubah menjadi lebih baik.  Allah Yang Maha Penyayang kemudiannya mengembalikan kesihatan kita atau menghilangkan segala musibah. Apakah kita akan bersyukur atau kembali kepada tabiat lama? Fikirlah sendiri...

Begitulah juga bila kita berada di kedudukan yang lebih atas dari orang lain.  Kita rasa kita berhak untuk merendah-rendahkan atau memerintah orang bawahan kita.  Kata-kata tolong dan terima kasih tak pernah ingin kita ucapkan apabila meminta atau selepas inginkan sesuatu daripada mereka yang di bawah kita.  Kita lupa bahawa kedudukan yang kita ada itu tak akan selamanya menjadi milik kita.  Dengan apa-apa sebab sahaja ia akan terlucut juga.

Jadi kebanggaan apakah yang ingin kita tunjukkan.  Sentiasa ingat bahawa setiap sesuatu itu 'dari Allah ia datang, kepada Allah ia kembali'.

Sesungguhnya 'ular yang menyusur akar itu tak akan hilang bisanya'.  Jadi janganlah tunggu sampai terkena tamparan baharu kita ingin tersedar (itu pun kalau tersedar!)

11 ulasan:

  1. Rasa macam gimik ja...isu kena tampar ni...

    BalasPadam
  2. Suka sangat intipati kakcik utk entry ni. Malangnya, org yang masih sombong jiwanya, biar ditampar dan ditarik segala nikmat, tetap juga tak mampu 'kembali'. Kasihan dan letih melihatnya

    BalasPadam
  3. Mendalam sungguh maksud entri ni KC....
    Memang betul tu KC, sesekali bagus jugak kita merasa tamparan biar kita tersedar. Kalau tidak macam dia sorang je yg betul hihi

    BalasPadam
  4. heboh sungguh dah sekarang ni kan.. sana sini org dok cakap.

    BalasPadam
  5. Namun kak ada segelintirnya berkali-kali ditampar pun seolah tidak terkesan...itu yang lebih menyedihkan...

    BalasPadam
  6. Teeingat ada satu lagu popular dulu "tamparan wanita" 😄

    BalasPadam
  7. Lamanya tak singgah blog Mak.. intipati yang terkesan dalam hati. Adakala, manusia selalu selesa berkata-kata, sampai lupa ada kata-katanya membawa bisa.

    BalasPadam
  8. dalam bahasa lainya kita perlu jugak ujian sebagai tamparan kesedaran dalam diri kita..tamparan (teguran) dariNya.

    BalasPadam
  9. Menarik.....
    Saya rasa sesuatu harus dibuat untuk 'menyedarkan' sesetengah pihak yang sangka semua orang menyokongnya tanpa mengira apa jenis majlis. Saya tidak menyokong dan juga tidak membantah..tetapi tindakan harus dilakukan...oleh itu sya kata tulisan Kakcik menarik..saya suka..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.