Baru-baru ini (Jumaat = 24/03/2017), iatu hari terakhir Zubair di Malaysia, aku dan suami bawa dia singgah seketika di Taman Botani Shah Alam ini. Bayaran meletak kereta ialah RM3.00 sementara bayaran menaiki 'bas', RM3.00 seorang bagi dewasa.
Aku hanya masuk 'beberapa meter' sahaja ke dalam Taman Botani disebabkan kakiku yang tidak larat membawa badan yang berat ini. Suami dan Zubair masuk agak jauh ke dalam tapi tidak dapat berlama-lama kerana waktu yang singkat. Zubair perlu bertemu dengan Pn. Azian dan keluarganya pada jam 12.00 tengahari sebelum bergerak ke lapangan terbang.
Wajah gembira Zubair |
'cepatlah ma....' |
Nampaknya masyarakat kita masih ramai yang belum terdidik hati dan jiwa mereka untuk mencintai keindahan di tempat sendiri. Bekas minuman dan plastik bersepah merata-rata. Kita suka bersikap tuan di negara sendiri sedangkan kalau ke negara orang, tahu pula kita menyimpan sampah dalam beg hatta dalam poket!
PC pun dah lama tak pergi sini kak..kali terakhir pergi 2 tahun lepas kalau tak silap...masa tu cuti sekolah..jadinya lama tunggu bas sebab ramai..
BalasPadamDh lama tak singgah ke Taman Botani n.
BalasPadamEntah bertambah elok atau sebliknya.
mmg dh mcm anak beranak lah kakcik.... baju pun sedondon...
BalasPadamkite yg malu kt pelancong luar bila nmpak sampah merata2 kt tempat gitu...
bab sampah sarap ni, kenapa di negara org boleh berdisiplin tetapi di negara sendiri... campak ja merata sesuka hati 😖 sodihhh
BalasPadamMakchaq tak pernah pi taman botani..
BalasPadamDah pencen ni boleh la kot pi.. ada masa lebih..
Dah kurang terjaga tempat ni berbanding masa tahu 90 an dulu
BalasPadam.
Ramai sangat orang
.
Sekarang agak sepi
Perenggan terakhir tu saya amat bersetuju. Dan apabila kita bertanya kepada mereka sewaktu diluar ngara kerana tidak membuang sampah merata-rata, tahu pulak mereka menjawab bahawa ianya ialah satu kesalahan dan boleh didenda! Sangat 'ironik'. Satu lagi yang amat saya 'geram' ialah apabila makan, tak tahu nak mengangkat dan meletakkan ditempat yang betul. Ini termasuklah makan/minum di kedai-kedai makanan segera. Lepas makan semuanya dibiarkan berselerak diatas meja. Apa salahnya kalau dikemaskan dan diangkat serta diletakkan di 'station' yang biasa pekerja mereka letakkan tray dan membuang sampah?
BalasPadamsaya pun dah lama tak masuk taman botani ni...dulu masa zaman belajar kat shah alam dulu pernah la sekali masuk...huhu...
BalasPadamlast saya ke sini tahun 1998.. tu pun sbb buat research.
BalasPadamSaya pun lama dah tak ke sini KC. Seingat saya last datang masa anak kecik kecik. Dah tukar nama ek? Kalau KC tak bagi tahu sampai sudah saya ingat Bukit Cerakah lagi hihi....
BalasPadamZubair?...
pernah juga sampai disini....dah lama...2005 rasanya
BalasPadamsalam apa habaq kak cik nur...maaf lama tak kesini...
BalasPadamsemoga sihat selalu hendaknya
banyak dah berubah...
BalasPadamsaya memang dah lama sgt tak ke sini. ingat nak bawak dia lah hari tu. tapi asyik demam malam je, terpaksa kensel.
BalasPadamtaman ni ke dulu bukit cerakah?
BalasPadamKalau tak silap, tahun lepas kot saya ke Taman Botani Negara Shah Alam @ Bukit Cherakah ni membawa anak-anak. Keadaannya memanglah nampak terabai sikit. Sekadar ambil angin dan melihat flora fauna sekali-sekala bolehlah...
BalasPadam