...pernah tak kau 'kehilangan' sesuatu barang yang kau sendiri simpan? Berpeluh-peluh kau mencarinya. Berpusing-pusing berkali-kali namun tidak juga kau jumpai?
Sebaik kau bertanya pada ibumu, sekejapan sahaja ibumu menjumpai apa yang kau cari. Padahal bukan dia yang menyimpan barang tersebut. Apakah ibumu punya kuasa ajaib? Tidak sebenarnya. Itu adalah anugerah Allah kepada seorang ibu. Diberi kelebihan melalui rasa hati dan naluri. Bukanlah semua benda ibumu boleh jumpa, tapi kebanyakannya 'tiba-tiba ada di tangannya'.
Jadi, hargailah ibumu. Di samping ayahmu, ibumu adalah anugerah yang Allah SWT sediakan buatmu.
Tidak perlu kau mengupah orang lain dengan harga yang mahal untuk berdoa buatmu. Mohonlah ibumu mendokanmu (walaupun sebenarnya tanpa kau minta, doa seorang ibu akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup anaknya).
Hargai ibumu dan juga ayahmu sewaktu hayat mereka masih ada. Bukan menangis dan meratap hiba saat jasad mereka sudah lenyap dari pandangan mata...
Sebaik kau bertanya pada ibumu, sekejapan sahaja ibumu menjumpai apa yang kau cari. Padahal bukan dia yang menyimpan barang tersebut. Apakah ibumu punya kuasa ajaib? Tidak sebenarnya. Itu adalah anugerah Allah kepada seorang ibu. Diberi kelebihan melalui rasa hati dan naluri. Bukanlah semua benda ibumu boleh jumpa, tapi kebanyakannya 'tiba-tiba ada di tangannya'.
Jadi, hargailah ibumu. Di samping ayahmu, ibumu adalah anugerah yang Allah SWT sediakan buatmu.
“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibubapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyusukannya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo’a: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibubapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai. Berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Qs. Al-Ahqaaf : 15)
Rujuk : https://muslimah.or.id/1861-ibumu-kemudian-ibumu-kemudian-ibumu.htmlTidak perlu kau mengupah orang lain dengan harga yang mahal untuk berdoa buatmu. Mohonlah ibumu mendokanmu (walaupun sebenarnya tanpa kau minta, doa seorang ibu akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup anaknya).
Hargai ibumu dan juga ayahmu sewaktu hayat mereka masih ada. Bukan menangis dan meratap hiba saat jasad mereka sudah lenyap dari pandangan mata...
salams kak chik
BalasPadamsangat terkesan...
assalamualaikum kakcik...menariknya...ingatan buat semua juga...
BalasPadam** Mama Maszull
sangat berkesan
BalasPadamBetul tu, Kakcik. Kalau hilang apa-apa, tanyalah pada ibu dulu. Insya allah, tentu jumpa balik.
BalasPadamTapikan Kakcik, yang sebenarnya ibu ni memang ada kuasa ajaib dalam segala bidang. Kalau gembira, cari ibu dulu. Sedih pun cari ibu. Susah hati pun ibu. Apa aje perasaan yang ada, tetap juga nak tengok muka ibu dan mengadu dengan ibu dulu!
Mohonlah restu dan doa ibu untuk kejayan kita.
BalasPadamIn syaa Allah, akan dimakbulkan.
Ameen...ameen...amaran untuk PC juga ini agar tidak melalaikan...terima kadih Kak..
BalasPadamAssalamualaikum Kak Chik...
BalasPadamIngatan untuk kita semua takut terlupa..ibu walau kita berbohong pun dia boleh tahu...
x perlu valet doa. doa seorang ibu lebih mustajab. betul, mama seolah-olah ada super power. bila sy cari barang tu x jumpa, bila my mom cari kengkadang jumpa :D
BalasPadambiasala kan mak je ingat kat mana
BalasPadamassalammualaikum,
BalasPadamok..minggu ni balik kampong..huhuuhu