Kawan-kawan kakcik

Isnin, 27 Mac 2017

Lama rasanya tidak bertemu...

...bila sesekali bertemu, terlerai rindu dan gelak ketawa tetap seperti dulu.  

Bersama Dato' Abdullah dan Datin Aishah.  Kenal sudah
lebihkurang 6 atau 7 tahun melalui alam blog.  Kini mesra
bagaikan saudara...

Rancangan tergempar namanya.  Mereka ingin berkumpul dan
bersarapan di rumahku.  Maka, yang aku tahu masak hanyalah
mee kari serba ringkas.  Alhamdulillah. Azie Azah dan suami
yang pertama tiba, sempatlah kami santai-santai bercerita...

Bersama Dr. Anyss yang manis...

Ada Cik Gadis Bunga dan Cik Puan Lawa bersama...

Juga Intan Mawaddah yang berwajah ceria.

Kuah Mee Kari yang ringkas tanpa ayam, udang atau kerang,
Kek ikan, bebola ikan dan tahu kering semata-mata.

Bahan-bahan sampingan seadanya.

Terima kasih Azieazah (dia dah 'sorok' blognya 😢), Dato' Abdullah Al Hadi, Anyss, Cik GadisBunga, Cik Puan Lawa dan Intan Mawaddah (tak tahulah mana dia sorok blog dia...😎) kerana sudi datang dan menjamah hidangan yang seadanya.  Yang penting adalah ukhwah dan silaturrahim yang berterusan walaupun kita sudah jarang berjumpa dan kalian juga sudah tidak aktif berblog lagi...

Semoga ada lagi pertemuan lain yang dapart mengumpulkan lebih ramai kawan-kawan yang asalnya dikenali hanya melalui alam blog...  In shaa Allah...

16 ulasan:

  1. Seronok bila ukhwahfillah ni kakcik..
    Dapat sembang2 lagi sambil makan mee kari yg sedap tu :)

    BalasPadam
  2. Patutla dah lama tak dengar kisah kat Azie tu..teringat kasut purple aebagai header blog sentiasa berukat fesyen.

    BalasPadam
  3. seronoknya...ukhuwah bertambah erat..disamping makan2..sembang2..

    BalasPadam
  4. seronok dapat berkumpul macam ni kan kak

    BalasPadam
  5. mmg seronok dpt jumpa begini kakcik...
    kadang nk sarapan di rumah tu bkn nya nk mkn sgt tp lbh pd nk berjumpa sambil boleh tanya kabar gitu...

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah..seronoknya...siapa tahukan satu saat yang kita tidak tahu..PC pulak jumpa akak..ameen..moga ukhuwah ini terus berpanjagan kak..

    BalasPadam
  7. sedapnya mee kari...terus rasa nak buat weekend nnt...huhu...

    betul tu mak, ramai dah kawan2 yang dah x aktif berblogging...termasuk lah saya ni...huhu...

    BalasPadam
  8. Sedap sangat dah nampak mee kari tu..tak pe lah xde udang ayam kerang bagai..mahal sangat sekarang ni seafood semua tu..yg penting hubungan yang terjalin tu dipelihara..

    BalasPadam
  9. Sedap sangat dah nampak mee kari tu..tak pe lah xde udang ayam kerang bagai..mahal sangat sekarang ni seafood semua tu..yg penting hubungan yang terjalin tu dipelihara..

    BalasPadam
  10. Assalam, seronok yee Kakcik, dapat berjumpa mesra gini

    BalasPadam
  11. assalamualaikum kakcik...bestnya dpt beramah mesra sesama blogger...semoga ikatan ukhuwah akan terus terjalin..;)

    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  12. Seronoknya KC....best jugakkan sembang sembang. Kalau saya yg tak bestnya nak kena masak hihi....Maklumlah tak reti masak.

    Untuk hidangan reramai mcm ni, senang masak yg muai je. Cepat dan lebur sekali ye KC...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com