Drama bersiri (sebanyak 100 siri dan siri terakhirnya pada Jumaat 14/01/2017) Lara Aishah adalah diadaptasi dari telenovela Mexico bertajuk La Loba. Sudah namanya drama adaptasi dari luar negara, maka banyaklah adegan-adegan yang tak sepatutnya kita lihat dan bertentangan dengan budaya serta agama terdapat dalam drama ini.
Antara adegan yang bagiku memang melampau ialah :
1 - Seks bebas. Datin (lakonan Maria Farida) menggoda pemandunya untuk memuaskan nafsu kerana diabaikan suami. Dato' (lakonan Eizlan Yusuf) pula menjadikan adik iparnya sebagai pemuas nafsu. Dato' juga menodai kakak iparnya sendiri sewaktu abangnya di luar negara. Itu antaranya saja. Perbuatan r*g*l juga digambarkan secara terang-terangan dan perkataan itu (r*g*l) disebut berulang-ulang.
2 - Watak-watak jahat memiliki pistol yang seolah-olahnya negara ini tiada undang-undang. Sesiapa sahaja boleh memiliki pistol.
3 - Pembunuhan dilakukan sewenang-wenangnya bagaikan negara ini tiada pihak berkuasa yang menjalankan tugas. Watak polis hanya sebagai tempelan sahaja.
4 - Perbuatan jahat seorang bapa/bekas suami dimaafkan begitu sahaja atas dasar simpati dan cinta. Segala kejahatannya seolah-olah tidak ujud. Sedangkan dalam dunia sebenar sekiranya kejahatan begitu dilakukan memang tidak akan terlepas dari undang-undang.
Selama ini pun sebenarnya drama Melayu memang hampir tiada yang membawa nilai murni yang boleh dijadikan contoh. Kebanyakannya diterbitkan hanya untuk mengejar keuntungan. Yang untung siapa? Yang diperbodohkan dan dilekakan siapa pula? Dek leka dengan khayalan dan hiburan, kita lupa seketika dengan hal-hal lain. Sebaik tersedar kerana perut mula lapar, baru kita perasan bahawa didapur tiada apa yang boleh dimakan!
#takfahamtakapa
#hiburanbuatkitalekasedangkanfaedahnyatiada
singgah sini
BalasPadamAssalamualaikum kak. Lama dah saya tak nonton drama Melayu . Saya lebih sukakan filem Tamil kerana temanya yang bermakna.
BalasPadamTengok last2 ni je..jadi takdelah tengok babak2 tak senonoh tu.
BalasPadamEntahlah Kakcik.. kakak ni mungkin jenis malas nak menonton tu yg tak tahu pasal drama ini. Atau mungkin kalau di Astro rumah kakak memang tak ada Astro itu yg tak tahu.
BalasPadamdah lama tak tgk tv kakcik..berita pun tak tau apa..
BalasPadamnengok pun tak kakcik... skrg drama melayu ni kadang adegan2nya lebih memualkan dr drama omputih atau korea....
BalasPadamkadang dana lbh layan cite2 komedi atau kadang lbh redho tgk otomen ngn aiyan hehehe
Apa yang kita lihat, baca dan dengar secara tak sedar akan mempengaruhi tindakan. 😍
BalasPadam.
Maznee setuju. Macam tak ada sumber lain yang nak diadaptasikan lagi.
.
Ambil sumber tak senonoh. Hasilnya pun tak senonoh
sy tak pernah tgk drama ni tp sy tahu ramai yg mengikuti drama ni dr coretan fb ... kadang tu drama yg diterbitkan ni tak logik mcm negara kita ni tak de undang2 je ... mcm cetek akal pun ada juga ... mcm drama Tuan ihsan ari tu ...episod akhir tu entah la
BalasPadamtak tgk drama melayu..meluat.
BalasPadamSaya tak layan cerita ni KC.Tuan Ihsan saya layanlah hihi....
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamPayah nak komen. tapi...memang itulahh.
beratus-ratus siri dipenuhi dengan perbuatan jahat, tang baiknya entah berapa saat.
Duka-lara!
BalasPadamSelalu jugak terbaca komen2 pasai drama & rancangan2 tv yg x ok.. tapi agaknya penerbit buat jugak pasai rating tinggi..
BalasPadamNak tambah satu lagi kebodohan pada cerita bersiri ni..polis semuanya macam tak reti buat kerja. kesian kan polis msia direndahkan martabatnya dalam filem ni. penerbit & pengarah patut lebih kreatif & teliti bila nak hasilkan adaptasi filem dari luar ni..Ni asal tangkap muat saja. Tambah2 bila nak sampai episod akhir. Semua babak mcm nak buat bagi cepat habis saja...apa pun saya suka tengok filem tamil juga. Cinematography mereka juga lebih bagus dan advanced dari kita. lebih kreatif. Pengarah Msia agak malas dalam aspek seni.
BalasPadamSaya tak pernah tengok pun kak cerita ni.
BalasPadamsekedar kalau tertian that channel.
tapi anak2 saya kemain lagi suka ikut cerita ni.
tak tengok citer ni kak. hmm
BalasPadamtak nak tengok cerita macam ni. unsur2 negatif banyak & boleh meracuni kita ja.
BalasPadamSebab itu bila duduk depan tv,saya akan selalu tukar channel. Kekadang lebih rela dengar berita mandarin.
BalasPadamsebualn dua ni saya suka tonton cerita Misaeng. Setiap Isnin dan Selasajam 12.30 malam. Bisinglah ibu_suri sebab dah pandai tengok cerita Korea...haha...