Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 17 November 2017

Resepi Sambal Kicap. ..

Ini versi makcik ya.  Lain orang lain caranya...

Bahan-bahannya : bawang merah, bawang putih dan cili api.

Hiriskan bahan-bahan tersebut.

Panaskan sesudu minyak masak.

Gorengkan bahan-bahan tadi hingga layu kekuningan.

Bahan lain : air limau nipis, kicap pekat, sesudu gula dan
secubit garam.

Masukkan semua bahan ke dalam pengisar (termasuk minyak tadi)

Kisar sehingga halus dan sebati.

Bolehlah dimakan dengan apa sahaja gorengan atau sup.


11 ulasan:

  1. Sedapnya..makan dengan tempe goreng ni...adui...

    BalasPadam
  2. Di cicah dengan goreng pisang pun sedap.

    BalasPadam
  3. makan dengan pisang goreng sedap ya amat

    BalasPadam
  4. Sambal kicap ni best. Boleh buat cicah apa suka. Semalamkan Kakcik saya grilled salmon lepas tu cicah sambal kicap. Havoc tau ^_^

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, walaupun versi berbeza namun dapat share sambal kicap yang lazat! Tq for sharing.

    BalasPadam
  6. wah sedap tu Kakcik sambal kicap memang the best lagi pedas lagi sedap ni

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum kakcik...sedapnya sambal kicap ni

    BalasPadam
  8. sambal kicap johor mmg de best.. time mula2 dok selangor, beli pisang goreng, minta sambal kicap, penjual terpinga2...

    BalasPadam
  9. boleh try ni sis...sy suka makan bihun sup...memang kalau xde sambal kicap tak berapa umphhh

    BalasPadam
  10. Ohhh...versi KC cenggitu ek. Mesti lagi sedap dan tahan lama kan. Saya selalu buat yg simple dan cepat aje KC. Maklumlah rajin orangnya haha

    BalasPadam
  11. Ujan2 petang ni dapat tempe goreng cicah sambel ketcup, enak buanget

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com