Kawan-kawan kakcik

Khamis, 9 November 2017

Jom sertai kontes di blog KOMENSEN...


Pakngah @ Tn Hj Hamzah Al-Lavendari sedang membuat satu kontes meneka nama ikan di blog beliau.  Jomlah beramai-ramai mencuba nasib.  

Hadiah yang beliau tawarkan berupa wang tunai berjumlah RM101.00.

Syarat-syaratnya seperti berikut : 

1. Buat satu entri tentang kontes ini di blog anda. Setiap entri mesti mengandungi banner di atas dan linkkan ke blog KomenSen.

2. Kemudian berikan jawapan dalam kotak komen kat entri ini. Kotak komen akan beliau tutup sehingga kontes ini berakhir.

3. Tarikh tutup kontes ini adalah pada jam 10 pagi 15hb. November, 2017.

4. Peserta yang pertama memberi jawapan yang betul akan dipilih sebagai pemenang.

5. Keputusan pengadil adalah muktamad. 

Mudah sahaja bukan?  Apa tunggu lagi?  Jom sertainya...

Makcik tolong war-warkan sahaja sebab makcik memang tak arif tentang nama-nama ikan kecuali sedikit seperti kembung, cencaru dan tenggiri...hehehe

9 ulasan:

  1. setinggi-tinggi terima kasih Kakcik kerana sudi war2kan kontes saya. Kan ada saya bagi klu tu utk mereka yg tak arif fasal ikan.

    BalasPadam
  2. saya pun jenis tak berapa kenal sangat spesis2 ikan ni...huhu...

    BalasPadam
  3. Samalah KC. Ikan yg biasa biasa nampak, mungkin kenallah, yg aneh sikit mmg surenderlah

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com