Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 30 Disember 2016

Makan di Samudra Exotic River Fish Restaurant...

...amboi nama... berbelit lidahku hendak menyebutnya.

Sebenarnya En Suami ingi n memenuhi keinginanku untuk makan masak tenpoyak ikan patin. Hendak ke Shah Alam, tiba-tiba terasa jauh.  Teringat pula kami pernah nampak sebuah restoran di Kampung Baru. (Ada sebuah lagi restoran yang aku nampak berhampiran Medan Selera Hospital Kuala Lumpur, tapi En Suami tak mahu ke sana).  Maka, masuklah kami ke restoran yang kelihatan lengang itu.  Aku tak rakam pula gambar dalam restoran yang kelihatan agak eksklusif di dalamnya.

Di pintu masuk, mataku tertancap kepada harga PATIN MUNCUNG yang tertera - RM98/100gram! Aduhai... memang tak termampulah aku nak makan kecuali ada yang sanggup tolong bayarkan...

Akhirnya kami masuk juga dan pesan makanan seadanya.  Itu pun untuk En Suami seorang.  Aku tiba-tiba rasa kenyang.  Sementelah sebelum keluar rumah, aku sudah makan makanan yang tidak habis semalam.  Tekak dan perut aku terima sahaja apa yang aku suap ke mulut tanpa peduli sedap atau tidak...







Aku pesan milo panas sahaja.
Sayangnya milo ini jangankan panas, suam pun tidak.
Mungkin bagus diletak ais sahaja.

Inilah yang dipesan En Suami.
Set sambal belacan dan air kosong diberi percuma.



Salam Jumaat terakhir untuk 2016 kawan-kawan.  Semoga 2017 datang bersama 'nafas yang terancang' untuk mengharung ombak dan onak serta gelombang kehidupan yang perlu diteruskan selagi hayat dikandung badan.

6 ulasan:

  1. Air tarik-tarik tu menarik tu..ke teh tarik,,kopi tarik..
    Salam Jumaat terakhir di tahun 2016 kak..

    BalasPadam
  2. Patin memang dengarnya mahal sangat kebelakangan ni kan kakcik.....tersangatttt lah mahal...jangan lah mengidam patin

    BalasPadam
  3. Dah dua kali singgah makan kat kedai kampung kat sg buloh, average harga sorang rm10. Makanan biasa nasik goreng thai, nasik paprik, nasi daging merah.. air pun sirap, limau suam, teh o je.
    Memang terasa mahal. Tapi faham jugak.. harga barang naik, harga sewa naik, gaji pekerja pun nak kena naikkan jugak.. macam mana nak jual murah..

    BalasPadam
  4. kalau harga semahal itu mungkin ikan patin dari sungai. kalau sepotong harga dalam rm5 selalunya patin dari kolam...

    BalasPadam
  5. Boleh tahan harganya terutama ikan2 sungai tu.
    Tapi kadang2 ikan liar atau ikan ternak pun Xboleh bezakan.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com