Kawan-kawan kakcik

Isnin, 19 Disember 2016

Masih belum memancut dari kulit kepala, kira masih baiklah...

...kalau dah memancut darah keluar, baru
betul-betul tinggi, kan? 😓😓

Ramai juga yang sarankan makan itu ini untuk turunkan tekanan darah (sarankan dengan maksud suruh beli, bukan hendak bagi percuma untuk boleh dijadikan testimoni).  Sebenarnya, yang paling penting untuk melawan apa jenis penyakit pun (termasuk penyakit hati yang ada hasad dengki), adalah kekuatan mengawal 'minda'.  Kawal hati dan perasaan agar jangan dibiarkan tertekan. Bila gagal mengawal perasaan, segala jenis penyakit mudah datang. Pergantungan kepada Allah SWT dengan memohon doa di samping berusaha mengikut redhoNya juga amat penting mengiringi kehidupan.  Dia yang menurunkan penyakit, maka Dia jugalah yang menyembuhkan...

11 ulasan:

  1. BETUL tu kak..ada yang nak menjual sahaja

    BalasPadam
  2. nice share.. lain kali cakap je, kalau stakat suruh beli, baik x payah.. lainla kalau nk sponsor.. hehehe

    BalasPadam
  3. semoga turun segera ketinggian yang tak diingini tu

    BalasPadam
  4. Amin...inshaAlah kak...betul setiap kesakitan itu Allah jua penyembuhnya..dan kita terus usaha dan berdoa..

    BalasPadam
  5. moga cpt sihatnya kakcik...

    yelah, kalau yg nk menjual ubat2 tuh kita rasa mcm serabut lak, boleh jd mkin tinggi darah nnti

    BalasPadam
  6. mmg kadang stress dgn mcm2 penjual ni...pantang kita cakap sakit sikit, berdesup masuk wasap suh try itu ini...huhuhu...bukan tak nak try, tapi dah mcm2 produk dorang usul...sampai tak tahu mana satu produk yg betul2 berkesan...

    anyway, semoga cepat sembuh ye mak..

    BalasPadam
  7. Antara punca darah tinggi ialah kegagalan mengawal hati dan perasaan yang menyebabkan stress.
    Tenangkan hati, mohon doa padaNya dan berusaha mengawalnya.
    Semoga dipermudahkan.

    BalasPadam
  8. mak.. please take care. get well soon ok..

    BalasPadam
  9. KC makan ubat sepital ke tidak ye...
    KC ni kan suka cakap yang tak tak macam tu....seram mak tau!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com