Kawan-kawan kakcik

Selasa, 20 Disember 2016

Berapa banyak perbelanjaan diperuntukan untuk anak naik sekolah?...

...kita berbelanja ikut kemampuan.  Tapi berjimat macam mana pun, pastinya bukan sedikit juga peruntukan yang diperlukan apatah lagi jika bukan seorang anak yang akan masuk sekolah. Lagi perit bagi yang kurang berkemampuan bila semuanya perlu disediakan serba baru kerana tiada pakaian lama yang boleh dikitar semula...

Jom baca kisah sedih ini ( diambil dari OH BULAN yang sumber asalnya dari facebook Shuhaimi Zulkefli)...

Nak beli botol air

Semalam pi kedai barang lusuh kat taman medan. kedai feberet aku beli barang kitar semula dari tempat buang sampah utk project DIY aku…
tengah dok cari barang, masuk satu family suami isteri awal 30-an bersama dua anak dia…
sebelah aku, si kakak sulung (7 tahun camtu) dok belek botol air terpakai pelbagai jenis. seronok ja dia ‘bershopping’ aku tengok. siap try galas kat bahu macam2 jenis botol air kotor tu. tersenyum sensorang tengok cermin buruk.
si kakak tunjuk kat abah dia tunggu kat luar sambil dukung baby, aku pikir mesti abah dia marah, takkan nak beli botol air terpakai dari tempat pembuangan sampah kot?

Masih cantik tak beg ni?

tapi abah dia senyum balik, siap pilih untuk kakak. tetiba si emak bertudung, datang dari sudut lain, tunjuk satu beg sekolah lusuh berselut, tanya suami, masih cantik ke idak beg nie, bang? si emak bagi kakak try galas ke belakang. akhirnya, ceria wajah kakak, dah siap nak masuk sekolah baru. yey!
alamak. ini sebak nie.
aku keluar dari kedai barang lusuh tu. tak tahan tengok drama realiti ni lagi.
dalam keluarga lain dok sibuk buat persiapan anak menjelang buka sekolah baru, ada masih hidup bersederhana dan masih bersyukur. tetap bahagia.
semoga Allah merahmati keluarga ini, murahkan rezekinya, bahagiakan mereka. amin.
* bini aku menitik ayaq mata bila aku tunjuk family tu dok sebuk bershopping lagi… 

Apakah perasaan anda membaca kisah di atas? 


15 ulasan:

  1. assalam kakcik,

    ati ni anak 3 orang nak bersekolah beli brg2 baju, kasut, beg saja sudah lebih rm500. semua kena beli baru kerana sudah pakai setahun segalanya dah rosak

    BalasPadam
  2. Banyak sangat mak. Tahun depan 3 orang anak bersekolah. Yang tadika jer registration dah RM700++. Nak apply tadika kemas tak lepas.Perbelanjaan untuk abang & kakak dia dah RM500++. Tu belum masuk buku sekolah dengan baju sekolah agama lagi. Memang makan riban jugak mak even beli baju yang mampu milik :-(

    BalasPadam
  3. Syukurlah kita mampu menyediakan kelengkapan sekolah anak2 mengikut selera mereka.
    Sebak baca kisah famili tu. Semoga mereka dilumayankan rezeki.

    WP pulak dari kecik sampai tua suka beli pakaian bundle aje.

    BalasPadam
  4. Saya juga masih banyak yang perlu dibelanjakan. Jadi, terpaksalah berusaha lebih untuk anak-anak..

    BalasPadam
  5. dugaan hidup tidak semestinya sama kan kakcik

    BalasPadam
  6. Masa jadi guru dulu terutama dikawasan luar bandar,kesian tgk murid dtg first day tanpa apa2. Ada juga kena dahulukan beli sebuah dua bukutulis utk murid begini.Teringat susah payah keluarga masa bersekolah dulu.

    BalasPadam
  7. Zaman saya sekolah rendah dulu ( masa tu buku teks kena beli ) baju & kasut beli yang baru tapi buku2 banyak beli yang seconnd hand. Selalu mengejar kawan yang setahun tua dari kita untuk beli buku. Lambat deal nanti orang lain yang beli pula. Selalu juga pinjam buku teks kawan takut cikgu marah.Teringat lagi ada sorang kawan anak orang senang. Alatulisnya sangat mewah & banyak. Selalu dia jual murah2 dekat kami. Pemadam, pensil, ruler & kotak pensil...

    BalasPadam
  8. Sayu...bersyukur kerana anaknya sangat memahami..subhanAllah

    BalasPadam
  9. pagi2 dh msk habuk mata nih kakcik oi...

    zmn skrg nih kakcik, yuran sekolah rendah ngn segala persiapan buku2 baju ngn beg bagai mau ratus2... pttnya semua tu boleh di kurangkan kalu tak sekolah pun amik kesempatan... nk kene beli buku ada lambng sekolah la apa lah itu kadang jd lg mahal sedangkan boleh beli di kedai biasa yg murah harganya

    BalasPadam
  10. adui kakchik..semalam baca masuk habuk dah..hari ni baca pun sama....

    BalasPadam
  11. Apa yg kakak terharu anak dia pasrah dgn ceria lagi tu kakcik
    Anak kita siap memilih lagi - sungguh kita kena tunduk tengok kat bawah. Sedih:(

    BalasPadam
  12. kita dok rasa kita susah.. ada lagi yg lebih susah... huhuhu

    BalasPadam
  13. Terasa sayulah KC.... yelahkan...terbayang kat anak sendiri, punyalah mewah beli barang sekolah baru rupanya ada insan yg kurang kemampuan. Kalaulah dia dekat dgn rumah, nak aje saya bagi beg anak yang masih cantik lagi tu KC

    BalasPadam
  14. ari tu Kami selamba rock je ambik barang secondhand skolah di masai.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com