Kawan-kawan kakcik

Isnin, 19 Disember 2016

Aku tak pandai masak macam-macam...

...tapi seboleh mungkin aku akan pastikan di atas meja ada makanan yang boleh dimakan oleh suami dan anak-anakku.  Aku juga sangat berharap mereka tidak akan merungut dengan hidangan ala kadar yang aku sediakan...

Marilah jamu mata dengan gambar-gambar makanan lagi...

Ini hidangan yang aku sediakan pada pagi Ahad 18/12/2016
Sandwich telur tanpa sayur, jemput-jemput kentang
dan asam pedas ikan senangin.

Ini pula roti bakar yang dipesan di sebuah kopitiam
Dua keping roti disapu kaya, margerin dan sekeping keju.
Dibakar dan dipotong empat dengan harga RM5.09 (termasuk GST)
Kalau buat sendiri, pastinya lebih menjimatkan.

Saat orang lain sibuk dengan kuih keria antarabangsa,
adik perempuanku buat kuih keria tradisional ini.  Sedap.
Adik perempuanku lebih pandai menyediakan bermacam jenis kuih
dan kek berbanding dengan diriku yang hanya tahu buat cekodok
(itu pun kadangkala jadi, kadangkala tidak)

Hidangan pada pagi ini (19/12/2016)
Mee campur kuey teow goreng, kentang goreng dan telur goreng.

Yang penting, saat selera masih ada dan hidangan sudah tersedia, makanlah seadanya.  Mungkin tidak kena dengan selera kita, tapi saat itu terfikirkah kita ada orang lain yang langsung tiada apa hendak dijamah?  Kurus bukan kerana mengawal makan, tapi kurus kerana tiada makanan... 😢😢😢

8 ulasan:

  1. Alhamdulillah..masing2 ade kepakaran masak lain2 kan mak..

    moga mak sihat-sihat ye.

    BalasPadam
  2. Makanan yang sihat memang sedap & menjamin kesihatan

    BalasPadam
  3. Kakcik,
    Sampai la ni saya tak 'menyekoh' buat cokodok. Kalau tak leper,lonjong .Tak sama bulat,seragam.Malu nak jamu kat orang.

    BalasPadam
  4. Bersyukurlah dengan setiap rezeki yang terhidang..lama tak makan keria...

    BalasPadam
  5. Org tempat kita beria-ia kawal makan sebab nak kurus
    Saudara kita yg tertindas kurus sebab tak ada makanan ye kakcik

    BalasPadam
  6. hihi lawaklah statement KC yg buat jejemput kadang jadi kadang tidak tu .... sebab saya pun kalau buat jejemput kadang tak menjadi KC hihi...
    Mak mithali ni namanya tau.... bukak tudung saji je dah ada benda yg terhidang....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com