Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 2 Disember 2016

Kau nyalakan api...

...dan kau curahkan minyak
tak cukup lagi
kau hembus pula angin

lalu maraklah api itu

kemudian kau berlalu 
sambil tersenyum

bila orang bertanya
kau pura-pura bertanya semula

kau tudingkan jari ke sini sana
kau salahkan mereka
mereka
dan mereka

walaupun orang sukar percaya
tapi bila diasak benda yang sama
sedikit sebanyak terpedaya juga

satu yang kau mungkin lupa

atau

buat-buat lupa

ALLAH tak pernah lepas dari memerhati
dan setiap apa yang kau buat
lambat atau cepat
balasan sedia menanti...

#takfahamtakapa

6 ulasan:

  1. Bila merasa hidup utk selamanya, tak fikir syurga-neraka
    Tidak pernah merasa bersalah tindakannya memporak-perandakan semua.

    BalasPadam
  2. Betul..pusing ikut mana pun..situ juga kan kak..

    BalasPadam
  3. mmg ada jns yg mcmni kakcik...
    jns2 bermuka2 jns tak blh tgk org lain senang

    BalasPadam
  4. Dalam sajak kak cik ni. Semoga kak cik dikurniakan kawan lawan yang solehah.

    Aman hidup kan

    ⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com