Kawan-kawan kakcik

Khamis, 1 Disember 2016

Bersidanglah Tuan Puan...

...bersuaralah menggegarkan dewan
bergelak ketawa dan bersorak sakan
hingga lupa kepada kawan
tapi jangan lupa kewajipan kepada Tuhan

sesekali merasai mewah minum dan makan
dengan pengangkutan dan penginapan disediakan
balik nanti jangan pula diserang sawan
tengok yang ditinggalkan hampir kebuluran

dalam dewan bercakap megah
semua yang dibuat tiada yang salah
masing-masing cuba mencelah
agar dilihat 'akulah yang gah'

hari ini dia kau puja
sebab dia ada segalanya
esok-esok mungkin berubah cerita
setelah dia tak punya kuasa

hati manusia berbolak balik
ada peluang semua nak tumpang naik
tapi bila sampan terbalik
semua ingin lari bagai jatuh dalam taik

Kesan kehitaman kerana tersepit pintu kereta.
Biarpun sakitnya telah hilang namun setiap kali
melihat kesannya, sakit itu bagai terasa-rasa...
#takfahamtakapa

14 ulasan:

  1. maka berbondong-bondonglah esok ke jalan TAR sewaktu solat jumaat.

    BalasPadam
  2. faham kakcik. cukup tengok sekejap waktu berita pun terasa macam ada sesuatu yang tidak kena dijiwa saya. Semoga Allah melindungi kita semua

    BalasPadam
  3. Faham kak cik..
    Parut dilihat membuat sakit masih terasa..

    BalasPadam
  4. harini tgk surat khabar pun rasa nanar, sana sini merah putih pink...
    mcm dh takde cite lain... bosan

    BalasPadam
  5. uiiii, sakitnya mak tersepit pintu...aduhh, saya pulak yg ngilu ni..huhu...

    BalasPadam
  6. Nanti kan.. yang kesan hitam tu akan tumbuh naik dengan kuku. saya pernah berdarah kuku dan lebam sebab tin susu jatuh atas kaki. hitam kat kuku tu berbulan-bulan baru hilang..

    BalasPadam
  7. Tak minat nak dengar isi pembentanga. Hambar.

    ⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔

    BalasPadam
  8. saya tutup tv .Tak mau ambil port langsung.

    BalasPadam
  9. Terus terang cakap saya sakit hati bila dengar depa duk kata dekat Tun. Kami orang kedah sangat2 terasa..

    BalasPadam
  10. tak tengok langsung tv dan paper. sakit hati

    BalasPadam
  11. bersidang ke hapa ke..zaman tak sama semasa zaman Tun. semuga Tun sentiasa sihat dan dalam rahmat Allah..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com