|
Yang berbaju merah itu adalah anak saudaraku yang banyak menghabiskan masa cutinya di rumahku. Kerana dalam adik- beradiknya hanya dia seorang lelaki, mak dia lebih senang bersama anak-anakku... |
|
Cendol dan ABC - RM3.00 setiap satu. |
|
Pasembur - juga RM3.00 Rasa? Bolehlahhhhhh |
|
Laksa - RM3.00 juga Rasa? Mengecewakan. Sebenarnya suami yang pesan laksa ini, tapi hanya sesudu yang dia mampu jamah. Tak tahu nak kata macam mana. Memang sangat tak sedap, baik kuah mahupun laksanya. Mungkin kali ini kami tersalah pilih gerai 😓 |
|
Selepas makan, sewaktu kereta mula bergerak aku ternampak lukisan dinding yang pastinya menarik perhatianku. En Suami ikut sahaja keinginanku untuk mengambil gambar. Maka berswafoto lagilah makcik tanpa peduli cuaca yang panas berdenting mahu pun pandangan orang... |
|
'ada aku kisah' |
|
....lagi... |
|
,,,ada gambar yang masih belum siap dilukis. Nanti makcik balik lagi untuk ambil gambar banyak-banyak, ya...
Kemudian kami masuk ke kawasan istana di Bukit Chandan. Di sini makcik dah malas nak ambil gambar. Biarkan anak-anak sahaja melayan keinginan mereka. Selepas itu kami terus ke Ipoh. Singgah semula ke rumah adik ipar untuk menghantarnya dan berehat serta menunaikan solat. Jam 2.30 petang kami bergerak balik ke Kuala Lumpur...
Cuaca carah dan panas sepanjang perjalanan. Alhamdulillah...
|
Daerah kelahiranku, jika di izinkan Ilahi, aku pasti akan kembali lagi. Ada keinginan untuk menetap di sana sementara menanti dijemput Ilahi, namun keinginan itu belum tentu akan terjadi...
Selamat Bercuti mak
BalasPadamkecewa kan kak kalau mkn mcm tu..entahlah skrg ni sukar mencari kdai mkn yg sedap n org yg masak dgn ikhlas atau x..kita boleh rasa
BalasPadamLaksa kalau tak sedap memang tak boleh telan..
BalasPadamcendol pun RM3 kakcik?
BalasPadamTu konsep " kedai RM3 " kot...hahaha
Seronok balik kampung sebab kenangan masa lalu kan...
BalasPadamTapi kampung makchaq kat penang dahberubah sangat.. sampai nak ke tapak rumah lama pun sesat..rumah pun dah dirobohkan anak tuan tanah.. kami duduk situ dulu menumpang tanah orang..
La ni lebih banyak balik ke kampung pakchaq..
Bila balik kampung kelahiran tak banyak sikit mesti terkenang kisah silam kan Kakcik
BalasPadamCuma bila mengharap makan yg macam dulu tak dpt terkilanlah sikit.