Kawan-kawan kakcik

Rabu, 7 Disember 2016

Assalamu'alaikum...Salam Rabu...

Indah sungguh sarang tempua
Dibuat hiasan hujung beranda
Menjelang senja duduk berdua
Menghirup sirap sambil bercanda

Usik mengusik sianak kera
Melihat pisang dibawa belayar
Tiga belas ringgit jumlah dikira
Syukurlah masih mampu dibayar
(abaikan wajah pakcik yang sengaja suka mencelah itu 😃)

8 ulasan:

  1. pepagi ni tengok air sirap pun terliur kak hahahaha

    BalasPadam
  2. Waalaikumsalam kakcik...

    Siapa tak kenal abang tu kakcik
    Suka bergurau sebab tu awet muda:)

    BalasPadam
  3. Penghias ganbar tu kak..hihi..bila tengok air sirap ni..terasa nak minum sirap selasih la pulak..

    BalasPadam
  4. hehehee..tgk sirap waktu panas niiii heaven sunggh mak ;)

    BalasPadam
  5. Sedapnya minum berdua....merah menyala air tu.Bahgia sampai syurga hendaknya.

    BalasPadam
  6. Cinta hujung usia lebih bermakna
    Bukan bermakna keintiman sudah tiada
    Tapi hendak pastikan pasangan masih cakna
    Semoga Allah rahmati kakcik dan sumai berdua

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com