Kawan-kawan kakcik

Isnin, 5 Disember 2016

Kisah sedih yang pemimpin enggan tahu...

...aku terbaca di mukabuku
tentang satu hal yang benar-benar berlaku
diceritakan oleh kawanku
di hadapan matanya membuatkan dia terkedu

seorang aunty ingin membeli beras
di tangannya cuma ada syiling tergenggam kemas
maka diambillah beras dengan timbangan kati
cukup-cukup enam ringgit tidak berbaki

sebuah kisah lagi
seorang makcik juga ingin membeli
dibawa ke kaunter ayam dan ikan
namun semuanya terpaksa ditinggalkan
kerana tak cukup wang di tangan

mungkin mengikut kiraan sebelum ini
semuanya masih mampu dibeli
tapi bila dikira-kira semula
barang diambil sudah 'diselaraskan' harganya

kalaulah Khalifah Umar masih ada
nasib rakyat pasti terbela
namun pemimpin sekarang peduli apa
cakap itu ini seakan rakyat kaya semuanya

diam-diam aku juga berdoa
agar anak-anak faham erti kesusahan ibubapa
setiap yang ada bukannya percuma
janganlah dibazirkan sesedap rasa

sesuap nasi pun begitu berharga
apatah lagi makanan 'berjenama'
jadi hargailah rezeki yang ada
sebelum ditarik nikmat oleh Yang Maha Kuasa

13 ulasan:

  1. betul tu kakcik....

    pemimpin skrg bila ada yg mengeluh, di ungkitnya brim@sogokan yg diberi...
    tak pun disuruhnya ddk di kampung... mcmla ddk di kampung tak perlu pakai duit

    BalasPadam
  2. betul tu mak...sedih sangat dah sekarang ni...rm50 tu mcm dah takde nilai je rasanya...
    tapi apa dorang peduli janji dorang cukup makan, tidur selesa tanpa fikir yang rakyat marhaen berhempas pulas buat dua tiga kerja dah skrg ni...huhu...

    BalasPadam
  3. Allahuakbar...getirnya kehidupan sekarang :(

    BalasPadam
  4. Saya tidak faham mengapa menteri-menteri yang ada semacam buta mata dan telinga tentang kos sara hidup yang kian meningkat ni dan ketua2 ahli jemaah kawasan yang di sewakan khas ke medan perjumpaan meja panjang pula semacam membisu pula nak bercakap. Kalau adapun sorang saja yang ternampak video ucapannya yang agak berani...

    BalasPadam
  5. Tu lah kakcik.
    Mereka sebenar tahu tapi buat2 tak tahu dan tak nak ambil tahu..
    Saya cukup setuju dengan perwakilan dari Negeri sembilan di persidangan UMNO tu..
    Memang kena sebiji kat muka-muka menteri tu..
    Bagus perwakilan tu.. orang muda pulak tu..

    BalasPadam
  6. Dah nak balik jadi masa makchaq kecik2 dulu.. makchaq pernah pi beli beras 2 kepoi/setengah cupak, cukup utk sekali masak nasi & sekali buat bubur nasi untuk keluarga kami..
    Sedih kalau zaman la ada yang terpaksa hadapi situasi macam tu semula..
    Tapi masa tu rata2 orang bukan orang senang. Pemimpin2 pun tak hidup mewah mana rasanya..

    Sekarang ni yg sedihnya jurang jauh sangat... yg kaya sampai duit x tau nak buat apa..
    Yang susah.. nak makan pun kena berkira..

    BalasPadam
  7. zaman kena berjimat cermat.

    eh akak. beras ada tak?

    BalasPadam
  8. Kehidupan semakin perit,
    Turutama bagi insan2 marhaen

    BalasPadam
  9. begitulah kehidupan rakyat yang tiada nilai di mata mereka..

    BalasPadam
  10. Omar di zaman sebelum nabi pun dah poyor, aku tak dapat bayang jika dia ada di era moden nih. Lebih haru kot. Lol. Think out of the box! Agar anda LEBIH faham DAN semakin bersyukur :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com