- bersekolah di Sekolah Kebangsaan Karai (1967 - 1973) - antara murid yang pandai dan cerdik
- bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu (1974 -1978) - masih dalam kategori murid pintar dan menduduki kelas teratas (Sains 1) selepas SRP (kemudian dikenali sebagai PMR dan kini PT3)
- tidak melanjutkan pelajaran selepas SPM atas alasan 'tak mampu'
- pernah bekerja sebagai operator pengeluaran selama beberapa bulan di Sg Way
- masuk bekerja di sektor awam sebagai Penyimpan Mohor Besar Kira-Kira (kemudian dikenali sebagai Penyimpan Akaun dan kemudiannya lagi Pembantu Akauntan) mulai 15/5/1982 dan bersara pilihan pada 1/9/2014
- sepanjang perkhidmatan bertugas di 3 Kementerian (Kementerian Pertanian, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kerja Raya) dan terakhir di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- sepanjang perkhidmatan bertugas di 3 Kementerian (Kementerian Pertanian, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kerja Raya) dan terakhir di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- pernah bercinta, bertunang dan putus tunang
- berkahwin dengan lelaki yang pernah dimaki dan diketawakan (padan muka aku) pada 27/12/1986 dan Alhamdulillah, masih bersama hingga kini
- dikurniakan 4 orang anak lelaki
- sekarang ada 1 menantu dan 2 cucu
Cerita tentang jatuh bangun alam rumahtangga, sekiranya masih ada usia akan aku lakarkan sempena ulangtahun perkahwinanku yang ke 30 nanti.
Cuma, sedikit pesanan dari pengalaman - SABAR. Itulah katakunci dalam melayari bahtera kehidupan. Tidak ada air yang tidak berolak dan tidak ada bumi yang tidak dinaungi langit. Jika dalam keadaan marah - diam lebih baik dan cari waktu yang sesuai untuk mengalirkan larva kemarahan itu dengan cara yang paling lembut...
Dia tak mungkin mampu membina Taj Mahal buatku, namun cukuplah 'kamu ngerti aku dan aku ngerti kamu' |
Tahniah.
BalasPadamSemoga kekal bahagia hingga ke Syurga.
alhamdulillah
BalasPadamtahniah
Alhamdulillah dan tahniah kakcik dan suami.
BalasPadamFuyoo...best ni Kakcik.......sambungan ada ka? Tahniah Kakcik dari saya dan keluarga!
BalasPadamAlhamdulillah, semoga kebahagian berpanjangan.
BalasPadamGigih rupanya jejaka tu memikat kakcik.. kena maki kena gelak pun teruskan usaha..
BalasPadamAlhamdulillah.. jodoh yg Allah tentukan..terbaik untuk kakcik..
alhamdulillah... semoga kak cik terus bahagia..
BalasPadamalhamdulilah.. semoga kekal bahagia hingga syurga.. tahun 1986, dkna belum lahir lagi..hahahaa
BalasPadamSemoga bahagia mendakapmu.....
BalasPadamsemoga hingga hujung nyawa =)
BalasPadamsemuga kekal bahagia hingga ke syurga..
BalasPadammesti banyak kenangan pahit manis kan kak cik..
BalasPadamKalaulah dulu KC diberi peluang belajar mau dah jadi Pengarah sekarangkan KC....Apa pun semuanya takdir yang Allah dah tentukan.
BalasPadamApalah agaknya larva kemarahan yg paling lembut tu ye KC....
semoga bahagia hingga ke syurga kak..
BalasPadamSeronoknya membacanya, Kakcik. Paling best bab yang terakhir tu. Malangnya pendek pulak lakarannya. Tahniah, Kakcik. Berjayalah juga melalui segala ranjau dan duri kehidupan dengan penuh sabar.
BalasPadam