Kawan-kawan kakcik

Isnin, 25 Julai 2016

Ziarah sambil berhariraya kononnya...

Tarikh : 24/07/2016 (Ahad)...

Menerima pelawaan dari Azieazah  untuk menzirahi Kak Sapina yang khabarnya tidak sihat.  Azie menjemputku lebihkurang jam 10.30 pagi dan kami bergerak ke Bandar Tasik Selatan untuk menjemput pula Hjh Azwa Kamar.  Maka bergeraklah kami bertiga meneruskan misi menzirah sambil menyambung persahabatan yang tak pernah putus pun cuma jarang berjumpa...

Menziarahi Kak Sapina Hamid @ Acik Erna di Taman Tuanku Jaafar, Seremban...

...kemudian singgah tanpa dirancang ke rumah Pakngah Hamzah  di Lavender Heights...

...dan akhir sekali di rumah Abah Zino, Bandar Tun Razak Cheras...

...kebetulan Abah Zino dan keluarga ada tetamu, tapi kami yang makan dulu!

Terima kasih kepada Azie yang membawaku  keluar seketika dari kepompong.  Terima kasih kepada Hjh Azwa yang menjadi teman perjalanan kami dan sempat mengimamkan solat Zuhurku.  Terima kasih kepada ketiga-tiga tuan/puan rumah yang menerima kedatangan kami walau tanpa makluman awal atau undangan... :)

13 ulasan:

  1. alhamdulillah kak.. dpt berjumpa sambil beraya...

    BalasPadam
  2. Patutlah Acik Erna lama tak bersiaran.
    Baguslah misi Azie, Kakcik dan Hjh Azwa tu.
    Berziarah sambil beraya.

    BalasPadam
  3. seronok dpt beraya dgn kawan2....
    bila dah pencen ni mesti kak cik dh jrg dpt jumpa dgn kawan2 dah kan

    BalasPadam
  4. Sebenarnya kan best raya terjah2 ni. Biasa buat dengan ahli keluarga sebelum kawin. Tapi orang la ni suka diberitahu supaya depa boleh masak special. Lagi satu hal dulu2 bukan semua mampu ada telefon dirumah. Kami dulu pun pinjam jiran punya. Rasa tahun 1993 baru ada telefon rumah.

    BalasPadam
  5. Dua dalam satu ni kak...alhamdulillah :)

    BalasPadam
  6. Semoga Acik Erna kembalisihat sedia kala hendaknya, wah banyak menu rumah abah zino kita tu kak cik kan.. bestnya raya..

    BalasPadam
  7. semoga acik erna cepat sembuh..insya Allah dgn kunjungan raka2 memberi semangat pd beliau..

    BalasPadam
  8. Meriahnya ziarah raya bersama kakcik :D
    YB kena tunggu anak2 dah besar barulah dapat memeriahkan diri dengan ziarah2 nie...

    BalasPadam
  9. Jauh mak jalan beraya ;) seronok baca mak.

    BalasPadam
  10. Acik Erna tak sihat ke KC? Macamana dia sekarang, OK dah?
    Abg Sado kali ni tak dapat jadi bodyguardlah ek...
    Seronok jugak ada geng yg boleh diajak ke sana kemari dikala abg Sado bizi

    BalasPadam
  11. Oh, Acik Erna tak sihat ke? Baru saya tahu, Kakcik. Padanlah lama tak dengar khabar berita daripadanya. Kalau tidak rajin juga Acik ni 'bertandang'.

    BalasPadam
  12. Seronoknya kalau sesekali berjumpa kan...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com