Kawan-kawan kakcik

Selasa, 26 Julai 2016

Dari Pudu Sentral ke Putrajaya ke Keramat Mall...

...tujuannya hanya satu - untuk buat passport bagi anak bujangku yang akan ke Bali untuk LATIHAN INDUSTRI (INTERNSHIP).  Dia akan berada di sana untuk 4 bulan (dengan izin Allah).

Pejabat Imigresen UTC Pudu Sentral :

Kami sampai seawal jam 6.40 pagi (walaupun pejabat beroperasi jam 8.30 pagi).  Pintu utama untuk masuk ke ruang UTC pun belum dibukan lagi!  Di hadapan kami ada sekumpulan 8 orang (7 Cina 1 India).  Jam 7.00, pintu dibuka dan kami meluru masuk - ada yang berdiri dan ada yang duduk di kerusi yang disediakan.  Kemudian makin ramai orang yang tiba hingga barisan sudah 'berbelok'. Dalam hati aku berkata, apakah kakitangan imigresen ini tiada yang datang awal seperti aku yang sentiasa jadi tukang buka pintu pejabat sebelum jam 6.30 pagi sewaktu bekerja dulu...

Jam 8.00 pqagi baru kelihatan ada kakitang yang masuk dan lampu dalam pejabat dinyalakan.  Tiba-tiba kumpulan di barisan belakang terdengar agak bising dan berkumpul sesama sendiri dan kemudian bersurai beramai-ramai.  Kami yang di hadapan cuma tertanya-tanya.  10 minit kemudian baru ada petugas yang datang dan memberitahu bahawa sistem tergendala dan tiada urusan membuat/memperbaharui passport dapat dilakukan.  Sebelumnya memang ada notis dilekatkan di pintu-pintu menyatakan sistem tergendala pada 25/07/2016 dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam.  Betul juga kata seorang lelaki Cina kepada petugas tersebut 'kenapa petugas yang bekerja malam tadi tidak melekatkan notis baru untuk tarikh hari ini (26/07/2016) sedangkan semalam sistem belum pulih?'  Petugas itu juga menyatakan mungkin sistem bermasalah untuk seminggu ini.

Kerana telefonku masih bersama suami (telefon suami masih di hospital selepas koma kerana terjun tiruk ke dalam besen air), tiada sebarang gambar atau video dapat kurakamkan...

Aku minta anak bujangku menelefon En Suami.  Atas saranan suami, kami berdua beranak menaiki LRT menuju ke Pandan Indah dan suami menjemput di sana.  Dari Pandan Indah kami menuju ke Putrajaya.

Pejabat Imigresen Putrajaya

Berpandukan aplikasi WAZE kami ke Putrajaya.  Dalam senarai waze, ada tertera Pejabat Passport Putrajaya. Berpandukan itu, kami ke sana.  Rupa-rupanya kami di bawa ke kawasan Diplomatik apaentah.  Bertanya kepada seseorang, dia pun tak dapat memberi jawapan.  Akhirnya aku bertanya dengan kawan-kawan di kumpulan whatsapp.  Ada yang sudi menjawab, bahawa pejabat imigresen itu terletak di Presint 2 berhampiran KPDNKK dan Pejabat Suruhanjaya Tenaga.

Naik ke tingkat 3, Menara Ikhlas pada jam 10.15 pagi - tertera notis NOMBOR GILIRAN UNTUK PERMOHONAN BAHARU / MEMPERBAHARUI PASSPORT SUDAH HABIS. Aku cuba juga bertanya kalau boleh diberi kelonggaran kerana hari ini sahaja anakku tiada kuliah dan passport harus diserah pada hari Jumaat nanti.  Petugas itu minta surat pengesahan pelajar pula.  Aduhai... manalah ada dibawa.  Dia kata kalau ada bukti whatsapp pun boleh.  Masalahnya, dari siapa hendakku minta tolong walaupun dokumen itu ada di rumah.  

Ada kawan di kumpulan whatsapp mencadangkan kami ke UTC Keramat Mall kerana katanya di sana orang tak ramai dan tempat letak kereta pun percuma.  Maka ke sana pula kami...

Pejabat Imigresen UTC Keramat Mall

Tiba di sini pada jam 12.20 petang. Masalahnya sama juga dengan masalah di Pejabat Imigresen UTC Pudu Sentral -  sistem tergendala!  Hendak ke Jalan Duta pula, takut masalah yang sama juga berlaku.  Telefon berkali-kali, jangan haraplah nak ada orang angkat...hmmmmmm...

Mungkin esok pagi anakku terpaksa ponteng kuliah waktu pagi untuk cuba nasib pula di Pejabat Imigresen Shah Alam.

8 ulasan:

  1. Ermmm banyak pulak hal jadinya ya. Saya dulu buat kat Shah Alam passport. Cepat sebab banyak kaunter dibuka hari tu.

    BalasPadam
  2. Masya-allah... mengecewakan sungguh!
    Sedih bila masalah yg bagaikan terlalu kerap terjadi hal begini kakcik
    Aduhai Malaysia tanah tumpah darahku!

    BalasPadam
  3. karenah birokrasi .... kesian kak cik

    BalasPadam
  4. subhanallahhh.. kesiannya tau cerita akak ni.

    kalau zam sure dah terbakar pejabat immigration tu agaknya ye.

    BalasPadam
  5. Mak ai...... saya baca pun rasa penat KC. Sakit kaki, sakit hati mesti semua ada kan KC...
    Abg ambik course apa ye KC. Seronok jugakkan dapat berintenship kat luar negara, Dapat peluang tengok negara org

    BalasPadam
  6. Oh, begitu kisahnya, Kakcik! Kelmarin kot saya baca part II aje, itu yang tak memahami jalan cerita yang berliku. Imigresen ni kalau sistem down memang nangislah kita, Kakcik. Elok je suruh balik, kalau nak tunggu, tunggulah tak tahu sampai pukul berapa. Masalahnya kerap sangat system down apahal. Kata bayar bukan main mahal beli mesin bagai! Tak boleh ke mereka upgrade system yang digunakan tu supaya takdalah down selalu? Kita pun kena ambil cuti juga kalau nak pergi pejabat kerajaan, bukan bersenang-lenang hari-hari takda apa nak buat!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com