...saja nak kongsikan walaupun orang tak tanya, Asalnya aku hendak namakan hidangan ini sebagai ayammasakapayangada. Sebabnya, aku hanya menggunakan apa sahaja bahan yang kufikirkan sesuai yang terdapat di dapur rumahku. Kemudian aku namakan ayam masak kencana sempena nama tempat tinggalku. Maklumlah selepas puas berhariraya, bahan yang tinggal ala kadar sahaja...
Jom tengok bahan yang aku gunakan :
3 ulas bawang putih - dihiris sebiji bawang besar dicincang 3 batang serai diketuk 10 biji tomato ceri dibelah dua cili api ikutlah sepedas mana yang disukai - dibelah dua tapi tak putus |
(iklan tak berbayar) aku gunakan kicap ENAQ ini yang tertulis di situ 'halalan toyyiban' dalam dua ke tiga sudu makan |
panaskan dua sudu makan minyak masak (agak-agak kuali ni patut dibuang tak? eh...banyak jasanya tu. Jangan suka-suka hati nak buang pula) |
...bila minyak panas, tumiskan bawang, bawang putih, cili dan serai |
...dah wangi bahan tumisan, masukkan isi ayam kacau hingga separuh masak |
...kemudian masukkan dua ke tiga sudu makan kicap |
...kacau, masukkan tomato dan sesuaikan rasanya (masukkan garam secukup rasa) kalau hendak berkuah, tutup api bila sudah menggelegak kalau hendak kering, biarkan dulu di atas api yang sederhana |
Siap untuk dimakan. Hiaslah ikut suka. Alhamdulillah. |
Sedap ni kalau ada cabai burung..Hihi
BalasPadamKalau saya pula masak KakCik, kena letak nama Ayam Masak Jeli sebab duk di Jeli.
Tapi masih tak boleh lawan sedapnya kencana lah.
Terima kasih KakCik untuk resepi.
Sudilah kiranya mencemar duli ke teratak hamba kakbedmiharbi.blogspot.my
Sedap ni mak..tambah sos tiraa skit..capsicum..jagubg muda..walla...
BalasPadamkakcik, nama yang mula-mula tu win hihi :)
BalasPadamNak cuba besok..tapi nama nak letak Ayam Gonchaq sebab rumah kat Behor Gonchar,Ps.
BalasPadamHari ni masak gulai kepala ikan.Tapi bila tak ada sambal belacan ...selera lari ke lautan.
sedap nih kak... dana kalau masakan yg ada kicap mmg peberet
BalasPadammcm ayam masak kicap tp ada letak serai mmm mesti wangi kan ...nk try la la nanti
BalasPadamResipi yang menarik untuk dicuba. Macamana nak diet nehhh......
BalasPadamOkeylah tu Kakcik, nampak menyelerakan juga walaupun tak cukup bahan. Kalau kat rumah saya ni bila tak cukup bahan memang serai ke, tomato ke, cili ke pun takda. Hehehe!
BalasPadamKakcik dok Taman Kencana yerk!
Nama resepinya itu yg menarik Kakcik:)
BalasPadamMacam masak kicap ye KC.... Masak kicap kalau pedas mmg sedap, tak payah lauk lain dah....Sebenarnya masak simple simple gini lagi sedap. Selera kita makan.
BalasPadamHish...kuali tu boleh guna lagi buat apa nak dibuang KC....Sayanglah....Kuali lama lah yg buat sedap tau!