Kawan-kawan kakcik

Isnin, 1 Ogos 2016

'Rendam' telefon dalam beras (petua untuk mengeringkan telefon yang masuk air)...

...tahu, kan?  Telefon En Suami terjun  tiruk ke dalam besen air gara-gara dibaling oleh cucu kesayangan?  Tak tahu?, tak mengapalah...tak penting pun... :)

Tapi, bila En Suami tiada telefon, itu adalah satu masalah. Ramai yang akan menghubunginya dan tertanya-tanya kenapa dia tidak dapat dihubungi.  Maka, sebagai isteri yang baik lagi solehah, aku merelakan beliau menggunakan telefonku sementara telefonnya dihantar ke kedai untuk dibaiki. Beberapa hari di kedai, En Suami diberitahu bahawa kos untuk membaiki telefon itu adalah sebanyak RM1,200.00!  Huhuhu...baik beli telefon baru!

Maka, dalam keadaan kewangan yang tidak mengizinkan, untuk membeli telefon baru bukanlah satu keutamaan.  Pasrahlah aku memberikan telefonku untuk terus digunakan oleh En Suami.

Semalam (31/7/2016), aku terfikir untuk 'merendam' (bila sebut rendam, jangan pula ingat beras tu basah atau ada air.  Ianya beras kering dalam bekas di rumah kita yang belum digunakan itu) telefon yang telah diambil dari kedai itu ke dalam beras.  Petua ini sudah lama kudengar dan ada juga yang menyarankan begitu di facebook. Sebenarnya, aku sudah pun cuba merendam telefon itu pada awal kejadian tapi hanya beberapa jam dan 'tidak menjadi'.  Tadi, selepas tak sampai pun 24 jam aku rendam telefon itu dalam beras (beras bashmathi pusa cream import dari India lagi) dan bila aku keluarkan serta cuba menghidupkannya, Alhamdulillah, ia sudah bernyawa semula.  Oh...yang direndam itu cuma bahagian yang ada skrin sahaja - tanpa bateri, simkad mahu pun penutup bahagian belakangnya.

Syukur sangat-sangat pada Ilahi...akhirnya kami tak perlu beli telefon yang baru dan data dalam telefon pun nampaknya tidak hilang.  Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah...

Nampak tak berapa banyak whatsapp yang perlu dibuka
(belum tentu dibaca) oleh En Suami?

15 ulasan:

  1. baru tau pasal petua tu..uih bonda,mahalnya nak baiki,macam baik beli telefon baru je

    BalasPadam
  2. Kak, kalau beli hp canggih sekarang kena tanya betul2 apa yang dicover oleh warranty syarikat pengeluar hp tu. Baru2 ini ada kawan beli hp canggih harga 2000 lebih, lepas seminggu guna (bukan penggunaan lasak)nak charge tak boleh, guna port lain tak boleh...so hantar ke centre, dia diberitahu technican akan check tp orang tu bagi tahu, kalau part lain akan diganti percuma melainkan masalah skrin (cost RM800 untuk tukar skrin) yang tidak dicover oleh warranty, nasib hp kawan tu masalah pada hanya pada motherboard (cost RM1800)bukan skrin/frame. Tadi begang jugak lah beli hp mahal2 baru seminggu pakai dah ada masalah, diberitahu masa pergi tu, kebanyakkan yang datang ke centre tu masalah hampir sama pada model hp tu. Dah jadi macam test market pulak untuk model hp tu...

    BalasPadam
  3. ayoooo sampai 600 lbh wassap nk kene bukak...

    dana nyer hp dulu pun penah kene rendam dlm baldi ngn aiyan kak, masa tuh dia umur 3thn lbh... bt petua mcm yg akak tulis tu lah, rendam dlm beras semalaman alhamdulillah esok tuh dh ok n boleh guna dh hp tuh tahan sampai skrg nih

    BalasPadam
  4. Aaa..aahh.. petua ni memang bagus,Kak. Henpon SB dulu penah gak landing dalam air, masa tu kita orang nak gi aport dah, amik flight. Pasrah jugak time melancong, SB tak ada henpon, nanges..huhuu. Sblm jalan, SB tanam henpon tu dalam mangkuk beras 4 hari 3 malam.

    BalasPadam
  5. macam mane kak, masukkan telephone dalam beras selama 24 jam...erm baru tahu ni

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah kakcik...selamat RM1200!

    petua ni terpakai jugak utk jam tgn yg termasuk air.

    BalasPadam
  7. boleh lah war-war ka nanti kakcik petua ni, bermodalkan beras selamat duit,Alhamdulillah

    BalasPadam
  8. Tahu juga petua ni. Tapi setakat ni alhamdulillah Aqlan belum buat camtu kat hp kami..janganlah buat sebab maknya dah tak bekerja takde gaji dah nak beli hp canggih2.

    BalasPadam
  9. Ohhh... kakak tapi baru tahu ini Kakcik.
    Qaid punya pasal nenek dah kena 'rendam' telefon atok kat beras:)
    Tapi nak bagi ciku cepat masak memang biasa kami kambus dalam beras kakcik. OK juga petua ini kan.

    BalasPadam
  10. Kami juga menggunakan beras (beberapa butir) dan dimasukkan ke dalam bekas garam@salt shaker (di hotel) dan tujuannya hampir sama yakni meleraikan garam agar tidak melekat/gumpal dan tidak basah. Ia lebih memudahkan penggunaannya...tapi tak terfikir pulak untuk talipon. Terimakasih Kakcik!

    BalasPadam
  11. Alhamdulilah....Bagusnya petua tu KC......Apa kaitan beras dengan hp agaknya kan.....
    Memang eloknya beli barulah kalau dah cost baiki gitu punya harga. Mahal Ya Rabbi....

    BalasPadam
  12. Saya baru tahu pasal petua ni, Kakcik. Saya ingat betul-betullah kena rendam dalam beras yang basah. Nasib baik Kakcik terangkan. Kalau tidak...

    Eh, tapi takda telefon pulak yang nak direndamkan buat masa ni!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com