...tapi letihnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui!
Tiba di Kompleks PKNS Shah Alam sebelum jam 7.15 pagi.
En Suami menonong naik mencari Pejabat Imigresen tanpa membawa telefon. Setengah jam berlalu, dia tak juga turun semula ke kereta. Aku minta Prince IV's mencari ayahnya. Menggunakan telefon yang ditinggal suami ( telefon aku tapi simkad suami), aku menghubungi anakku itu yang 'tak jumpa ayah tapi dah jumpa pejabat Imigresen. Orang pula sngat ramai beratur'.
Aku lebih mengenali suamiku. Dek itu aku merasakan beliau sudah ada dalam barisan orangramai itu. Aku turun dari kereta dan masuk ke bangunan PKNS itu. Dengan mengheret kaki kanan yang sakit, akhirnya aku jumpa juga pejabat Imigresen di tingkat 2 itu. Meninjau ke kaunter nombor giliran, aku nampak suamiku ada di situ. Terus aku menelefon anakku supaya datang ke hadapan. Alhamdulillah, kami tiba tepat pada masanya kerana petugas kaunter mahukan kad pengenalan orang yang mahu membuat passport.
Dapat nombor 4010. Masalahnya, kad pengenalan anakku itu dibuat ketika dia berusia 12 tahun. Sekarang dia sudah 19 tahun dan wajahnya sudah sangat berbeza. Petugas itu memberitahu anakku perlu menukar kad pengenalan terlebih dahulu.
Bila nombor giliran anakku dipanggil, pegawai imigeresen itu mencadangkan agar kami ke Plaza Masalam untuk menukar kad pengenalan. Dapatkan kad pengenalan sementara pun tak mengapa dan kembali semula ke kaunter beliau nanti tanpa perlu mengambil nombor giliran yang baru.
Terpaksalah pula menelefon En Suami yang sudah berada di pejabatnya untuk menghantar kami ke Plaza Masalam. Selepas menghantar, En Suami balik ke pejabat. Tawaflah pula kami dua beranak di situ mencari pintu masuk. Sakit kakiku jangan ceritalah...
Syukur Alhamdulillah, urusan di JPN Plaza Masalam sangat cepat. Lebihkurang 15 minit sahaja. Aku minta diberikan kad pengenalan sementara untuk anakku. Atas cadangan anakku, kami menaiki teksi sahaja untuk ke Kompleks PKNS semula. Tambang RM6.00. Tiba di pejabat Imigresen semula pada jam 9.15, nombor giliran pun dah habis untuk hari ini. Syukur sekali lagi sebab kami tak perlu mengambil nombor baru.
...dan akhirnya, sebelum jam 11.00 pagi, anakku telah mendapat passportnya. Dalam perjalanan balik, singgah semula ke Plaza Masalam untuk mengambil kad pengenalan baru dan pulangkan kad pengenalan sementara.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
syukur alhamdulillah...penat jugak tu nak ke sana sini bonda
BalasPadamfuhhh penat nyer makkk..
BalasPadamSubhanallah... berkat gigih, sabar ada juga kemudahan akhirnya Allah berikan kakcik
BalasPadamBuat IC tu walau sementara cepat dan pergi lagi tak perlu ambil no baru.
Lega bila dah setel..
Penat tu tapi syukur gak sebab semua dah settle
BalasPadamGigihnya Kakcik. Berkat sabar akhirnya selesai juga kerja. Deal dengan imigresen mahu pun pejabat kerajaan ni memang kena banyak-banyak bersabar.
BalasPadamMemerlukan kesabaran yg tinggi kan kakcik..
BalasPadamAlhamdulillah bila selesai hari itu juga..
alhamdulillah.. selesai juga urusannya...
BalasPadamjemput join ga minyak wangi ya... http://www.mialiana.com/2016/07/giveaway-minyak-wangi-braveheart.html
letih juga nie...
BalasPadamletih baca entri nie...
Syukur...syukur...syukur...lega bila dipermudahkan urusannya..
BalasPadamBuat pasport sekarang memang mudah tidak perlu tunggu lama-lama macam dulu. Mak Long dah ketinggalan zaman hihi baru ni tau ada bangunan nama Plaza Masalam. Teruk kan?
BalasPadamteringat masa uruskan anak2. Walau rasa nak give up,namun segala susah payah ditempuhi sampai keakhirnya.Ada yg mencemuh..buat apa semua tu nanti anak2 tak berdikari. Lain org lain persepsi.Selagi boleh tolong,kita tolong.
BalasPadamSyukurlah maknya temankan. Ya Allah alhamdulillah sangat dah settled kan.
BalasPadamalhamdulillah walaupun pnt dpt selesai ngn cpt. dpt 2 sekali ic ngn pasport
BalasPadamIsteri punya deria rasa kan kuat KC....Kalau kita cari sekejap je jumpa banding anak hihi....
BalasPadamsyukur,semua setel =)
BalasPadamKesiannya mak...mesti penat kan..
BalasPadam