Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 17 Jun 2016

Masih perlu dikuarantin...


~senyuman saya adalah mahal~
Alhamdulillah.  Muhammad Qaid sudah keluar dari hospital walaupun masih lagi cirit-birit tapi tidaklah kerap.  Hanya sesekali.  Sudah mahu menjamah makanan dan sudah boleh bergurau dengan bapa-bapa saudaranya.  Bagaimanapun badannya sangat susut dan kelihatan agak letih.

Buat masa ini Muhammad Qaid masih perlu dikuarantin dari terdedah kepada khalayak atau suasana yang sibuk.  Tidak mengapalah, mommy daddy atok nenek dan pakcik-pakciknya akan jaga Qaid Darwish dengan sebaik mungkin hingga kesihatannya benar-benar pulih.

Terima kasih untuk semua doa yang telah dikirimkan kepada Muhammad Qaid Darwish.  Kami sangat-sangat menghargainya.

15 ulasan:

  1. Alhamdulillah... sementara ini duduk rumah ajelah Qaid.

    BalasPadam
  2. moga qaid cpt sembuh yek...
    moga raya nnti Qaid dh bolat yek syg

    BalasPadam
  3. Moga cepat sembuh. Kesian bila bdk kecik tak sihat.

    BalasPadam
  4. Alhamdulilah Qaid dah keluar.....

    BalasPadam
  5. alhamdulillah dah bertambah sihat....nanti senyumlah tu...

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah...moga Qaid pulih seperti sediakala ya sayang..

    BalasPadam
  7. alhamdulillah. moga cepat sembuh. aamiin :)

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, semoga Qaid cepat2 sembuh ye..amiin Ya Rabb

    BalasPadam
  9. alhamdulillah kaknoor selalu menunggu kakcik update pasal Qaid dah sembuh alhamdulillahhhh

    BalasPadam
  10. lega dengar bila dah keluar kan kak..

    dia kalau nak akak boleh bagi vitagen. mudah2an mujarab. kitarang tu je kalau ceri beri.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah! Qaid dah sembuh akhirnya!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com