Mula-mula Muhammad Qaid masuk wad... |
...semasa menjaga Qaid di wad, mommynya dapat khabar rekaan DRD telah diciplak. Punyalah 'pandai' penyangak itu, kan? Guna teknik photoshop, sewenang-wenangnya tukar kepala model, tukar warna pakaian dan padam watermark DRD letak watermark sendiri. Hmmmm... kalau penyangak ini Muslim, menjawablah kau di sana nanti... |
Dua hari selepas Qaid keluar hospital, mommynya pula terpaksa masuk wad. Dijangkiti rota virus dari Qaid. (gambar dari instagram Heliza Helmi) Bengkak muka mommy Qaid kesedihan. Sedang sarat hamil dan terpaksa dipisahkan seketika dari Qaid bimbang Qaid terkena virus semula. |
Mungkin Allah hendak beri sesuatu yang lebih baik maka diturunkan dulu ujian buat kami. Di sebalik itu, baru-baru ini En Suami telah menerima imbuhan (bonus) dari syarikat tempat beliau bekerja. Mungkin kecil jumlahnya bagi orang lain, tapi besar nilainya bagi kami. Satu jumlah yang En Suami sendiri tidak menyangka. Alhamdulillah. Dapatlah digunakan serba sedikit membayar apa yang perlu dibayar dan selebihnya untuk persiapan hari raya yang bakal tiba.
'Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuan mereka'
Insyallah semuanya akan dipermudahkan.....manakala rezeki dari Allah datang dalam pelbagai segi. Kadang-kadang kita tak mampu memikirkannya..
BalasPadamAssalamualaikum Kakcik,
BalasPadamAllah hu.. Allah menguji setiap hambanya samaada berat mau pun yang ringan. Muga cucunda Qaid bertambah sihat dan mommynya pula cepat sembuh.
Subhan Allah...pasti berhikmah kak...moga mommy Qaid dan baby dalam peliharaan Allah SWT..moga Allah memberi kekuatan semangat kepada keluarga Qaid..ameen..
BalasPadamsemoga mommy Qaid cepat sembuh ya kakcik, lepas satu satu lagi ya dugaan Allah
BalasPadamharap kakcik bersabar lah ya, tapi disebalik ujian ada jugak berita gembira yang ALLAH bagi syukurlah di atas limpahan rezeki du bulan ramadhan ni kakcik kan
Allah...semoga sihat segera qaid dan mommynya...tengah pregnant pula tu ye. Yang photoshop tu tangan dia sama kann..kepala tah anak omputih mana dia pakai...
BalasPadamAllahurobbi... mommy Qaid pulak kena. Baru nak rehat selepas jaga anak sakit dia pulak kena. Kesian betullah Kakcik. Sementara ini Qaid bolehlah kakcik jagakan dulu. Atau auntie Ija dia jagakan. Semoga cepat berlalu..
BalasPadamAlhamdulillah imbuhan yg atok dpt bolehlah membantu banyak hal. Rezeki dari setiap kesabaran kakcik.
Watermark tu lain kali letak di tengah-tengah gambar kakcik.
BalasPadamMemang ujian betul..
dugaan ramadhan tahun ni ye kakcik.... lps Qaid ni emaknya pula....
BalasPadammoga mama Qaid cpt sembuh... kesian lah ngn sarat mengandung kene ddk hospital msti tak xselesa
* manusia nih mmg kt mana2 ada yg suke amik kesempatan kakcik... nk dpt duit mudah
semoga cepat sembuh mmummy qaid...
BalasPadamyang edit gambar tu memang pakar dalam photoshop kak.. pandai dia buang watermark
semoga dipermudahkan semua urusan dan semoga mama qaid cpt sembuh..
BalasPadamsemoga dipermudahkan segala urusan kak cik dan keluarga...;)
BalasPadamAllah..semoga ada hikmah tersembunyi mak
BalasPadamCam mana leh ada heliza tu kak. Moga mommy qaid cepat sembuh
BalasPadamMommy Qaid dan Heliza berkawan baik...
Padamtergamak dorang kan mak? org lain penat berniaga, dia senang2 ciplak mcm tu je...grrr...
BalasPadamsemoga qaid dan mamanya cepat sembuh seprti sediakala hendaknya...ameen...
Allah, semoga cepat sembuh mommy qaid. nampak cantik heliza seperti biasa
BalasPadamSenang-senang aje nak tiru ya, Kakcik. Kalau tengok sekali memang tak perasan tapi bila buat perbandingan macam tu, nampak sangat fakenya.
BalasPadamOh, berjangkit pulak virus ni ya! Ingatkan kena pada budak-budak aje. Semoga semuanya cepat kembali sihat. Datang satu dugaan, seribu nikmat lain Allah nak beri agaknya, Kakcik!
Sabar ye KC..... Moga mama Qaid cepat sembuh
BalasPadamLaki saya dah lama tak ada bonus KC....hadap duit gaji ajelah.
Next time p buat TRADEmark gak agar boleh saman macam kain pelikat artis lawak gemuk tuh. Bukan WATERmark je
BalasPadamRasanya masih sempat gi patenkan design tersebut sebelum kakcik lak kena saman. Good luck! Biz perlu ada ilmu - ajijahn osman. Lol