Kawan-kawan kakcik

Isnin, 30 Mei 2016

Sotong seekor RM12.OO....

Percaya atau tidak?
Hidangan ini berharga RM23.00
Ianya diambil dan dimakan oleh suamiku pada Jumaat yang lalu
di sebuah restoran Di Glenmarie, Shah Alam.
Sotong itu sahaja harganya RM12.00 seekor!
Hmmmmm...


Bercerita tentang sotong, aku teringat pada suatu hari sewaktu aku membeli barangan keperluan rumahtangga di sebuah pasaraya.  Ada sedikit kecoh di kaunter bayaran yang aku masuk.  Sebagai seorang 'kaki sibuk' yang enggan tertanya-tanya tanpa jawapan, aku terus bertanya kepada juruwang kaunter itu bila tiba giliranku.

Kisahnya, seorang lelaki telah membeli sotong.  Dia mengambil beberapa ekor sotong dan memasukkannya ke dalam plastik kemudian ditimbang untuk mendapatkan harga.  Setelah tanda harga dilekatkan pada plastik (lebihkurang RM5.00++), lelaki itu membuka semula plastik dan memasukkan lebih banyak sotong dan terus dibawa ke kaunter bayaran tanpa menimbang semula dan mendapatkan harga baru.  Kerana tidak berpuas hati dengan banyaknya sotong dengan harga tertera (waktu itu sekilogram sotong lebihkurang RM19.00++), juruwang tersebut telah 'menahan' sotong itu.  Aku terdengar seorang petugas (perempuan) yang diminta menimbang kembali sotong tersebut berkata kepada juruwang :'kenapa kakak tak lepaskan sahaja sotong itu, bukan perasan pun'.  Aku pula rasa malu kerana juruwang itu bukan sebangsa denganku manakala dua lagi watak adalah mereka yang sebangsa denganku... :(

Entahlah.  Desakan hidup memungkinkan apa sahaja boleh terjadi hingga agama ditolak ke tepi...

9 ulasan:

  1. sotong sekecil itu RM12?
    harga tak padan dengan size..
    yang menipu pergi tambah sotong lps timbang tu macam dah tak boleh berfikir..ye lah macam kata akak, desakan hidup, apa pun org sanggup buat.

    BalasPadam
  2. perghhh...boleh tahan harganya. kalo kenyang dari pagi bawak ke malam berbaloi la jugak kan? hihihi.... 3-4x cuba baca kisah kekecohan membeli sotong dan cuba memahami kes tersebut dari pelbagai sudut pandangan

    BalasPadam
  3. kalau kt kedai mamak atau kedai kedai ns kandar tak heran rasanya kalau sutun sekor belas2 ringgit kakcik.... mmg selalunya depa letak harga agak melampau...

    BalasPadam
  4. Kak, terpaksa menahan selera nak makan sotong, ketam seafood yng mahal..tunggu sampai balik kg baru makan.

    BalasPadam
  5. Mahalnya, kak. Makan kat mamak ke apa ni? Saya pernah kena maggi goreng tanpa sayur harganya RM9. Dah bayar, dah masuk kereta baru nak belek bil. Memang tidaklah berpatah balik. Redha aje.

    Itu tak baguslah. Dah timbang dan dah tampal harga, buat apa pi masukkan lagi. Nak bagi makan anak-anak pun tak elok dah tu. Menipu namanya!

    BalasPadam
  6. mahalnya sepinggan nasi tu kak cik..sutun je rm12..adoi :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com