...balik dari pasar terus ke dapur. Siapkan lauk-pauk untuk anak-anak yang akan ditinggalkan seketika. Jam 10.30 pagi, berdua-duaan suami isteri menaiki kereta menuju ke Utara. Tak jauh pun hendak perginya. Sekadar ingin menjenguk ibu mertua. Itu yang sering kami lakukan bila ada masa.
Tiba di Teluk Intan Restoran Ghulam Rasul jadi tujuan Dua bungkus nasi dan lauk dibungkuskan Untuk ibu mertua dan cucunya sebagai buah tangan |
Oh...sepanjang perjalanan Melayari internet satu kesukaran Entah apa yang jadi halangan Broadband ini langsung tidak memberi liputan |
Suami sedang menghadapi hidangan Sekadar menjamah apa yang ibunya sediakan Balik ke sini memang kami tidak berlama-lamaan Mengapa dan kenapa, itu antara kami dengan Tuhan |
Selepas kewajipan solat ditunaikan Kami pun meneruskan perjalanan Kembali menuju ke Selatan Menyusuri 'jalan lama' untuk menikmati keindahan |
Masuk sebentar ke Pekan Kalumpang Konon ingin meninjau kawasan perkelahan Setelah menghampiri penghujung jalan Kami berpatah semula keluar simpang |
Jumpa gerai menjual goreng-gorengan Singgah pula untuk membasahkan tekak yang kekeringan Beramah-tamah dengan pemilik yang keriangan Bercerita bagai pernah jadi kawan sepermainan |
Meneruskan perjalanan singgah pula di sini Ingin melihat sejauh mana panasnya air di kali Mungkin boleh membasahkan kaki Bersantai-santai tidaklah pula hendak mandi |
Ikut sahaja arah yang ditunjuk Walaupun jalannya berbelok-belok Harap-harap tempatnya elok Bolehlah kami tumpang menyibuk |
Jauh juga jalan disusuri Tempatnya tenang, damai sekali Rasa macam hendak berhenti Hendak terus berjalan tak larat pula kaki |
Sampai juga ke tempat ini Tapi macam sepi tidak berpenghuni Adalah seorang dua di sana sini Yang penting tempatnya bersih tidak dicemari |
Ada sungai mengalir lesu Bolehlah berangan melepas sendu Tapi hendak ke gigi air aku tak mampu Duduk sahaja memerhati air yang lalu |
Hanya sebesar ini kolam yang ada Panas airnya tak sehangat Bolehlah hendak berendam selagi terdaya Selagi tidak mengganggu orang yang ada |
Tiba masa bergerak pulang Singgah di sini mengisi yang kurang Sambil itu boleh membuang Agar perut tidak meradang |
Masuk ke Kuala Lumpur jalannya sesak Tidaklah pula sampai berasak-asak Lembutkan hati jangan bergasak Asalkan selamat di hadapan rumah terpacak |
Begitulah ceritanya di suatu Sabtu Kami suami isteri memang begitu Meluangkan masa bagai lama tak bertemu Peluang yang tak pernah datang waktu anak-anak kecil dahulu |
alhamdulillah mak..boleh dah jln-jln sama ayah kemana-mana bedua kan ;) berjalan jauh rehat kene cukup ye mak..jaga diri mak ;)
BalasPadamIndah laluan kakcik di Sabtu itu
BalasPadamsuami pula sentiasa merestu
mana juga hala dituju
bahagia jiwa menjadi satu:)
romantik akak dan suami.hihi.
BalasPadamtime anak-anak dah besar masa ni lah kan boleh berjalan berdua-duaan.
alhamdulillah..bagus kak..inilah masanya meluang waktu bersama insan yang disayangi selalu..biar susah senang sentiasa bersatu moga akak sekeluarga sentiasa direstu.amin..
BalasPadamKC....saya baca entri Kak Cik dah mcm baca pantun tau hihi.... Saya ada tag nama KC dlm entri saya Every Love Story is Beautiful kalau KC ada masa komenlah yer...
BalasPadamSelagi ada hayat mereka kan KC, sekejap pun jadiklah dpt menjenguk mereka.Lepas dah tanggungjawab tu.
Ronda ronda santai lepas tgk mil tu yg best....
Wokehhh...kakcik dah komen di sana...hehehe
PadamAmboihhh terra sunggoh panton dari ataih sampai bawah....satu nak tanya....Ghulam Rasool dengan Ghulam Nabi dari keluarga yang sama ka?
BalasPadamSunggoh aihh...bukan pasai apa, waktu kami pindah ke melaka dulu, rumah berek penjara tu dulu didiami Ghulam Rasool manakala abangnya pulak bernama Ghulam Nabi (or vice versa) yang merupakan seorang guru! Jadi bila Kakcik tuleh nama tu saya teruihh teringat kat depa!
Oh...tak tahu pula kakcik kaitan antara dua nama itu. Bagaimanapun, Ghulam Rasul ni memang terkenal di Teluk Intan, sama macam Mastan Ghani... :)
Padamklu singgah ke Restoran Ghulam Rasul tu selalunya pelanggan akan ambik ayam goreng, sedap kata mereka...
PadamKat Mastan Ghani pula, paling sedap mee rebus dgn air jagung..
Kakcik kalau menulis macam ni syokla saya baca pun ala2 berpantun. Teringat zaman sekolah. Bercinta masa usia emas katanya. Seronok kan.
BalasPadamnasib baik dekat destinasi di tuju kan ... bagaikan berdeting pulak abg chik dan kak chik ni
BalasPadamsedap pulak baca kakcik tulis siap dengan gambar..lama lagi la akak boleh menulis cerita bergambar ni..3.6 nanti baru nak pi jumpa bujan acik tu,
BalasPadamPandai Kakcik menyusun kata, sesuai dengan gambar. Kalau saya nak suruh buat begini, malas terus taip entri ^_^
BalasPadamBila anak-anak dah besar banyak perkara yang kita terlepas, boleh dilakukan kembali tapi itulah, harapnya semoga kita diberikan kesihatan yang baik ketika itu.
Salam Kakcik....Camtu la jg atie dan suami bila anak2 dah besar ni...masuk U..masuk asrama. :)
BalasPadamMakchaq pernah singgah kat Gulam Rasul tu.. tapi singgah tandas ja..
BalasPadamSedapnya makan masakan mak... rindu masakan arwah Mak & MIL makchaq...
Mak pakchaq pun dah tak boleh bangun.. tak nampak & ingatan pun dah tak ok... bila makchaq dok sembang2 dengan dia.. dia tak kenai pun makchaq...sedihnya...
Amboi mak...captions ala2 pantun seronok SA baca
BalasPadamwah kakcik bercerita sambil berpantun
BalasPadamkami membaca terasa terhibur
sedap duduk macam tak mau bangun
apa lagi bila dihidangkan bubur
ralit baca coleteh akak siap dgn gambar lg tu..=)
BalasPadamwow cerita yang menarik sangat.. ooo iya kak kalau ingin tahu tentang cara membuat website yukk disini saja.. terimakasih
BalasPadampandai mak mengarang caption yang ala2 pantun :)
BalasPadamkreatifnya kakcik, gulam rasul tu dekat sgt rumah ana kat kg kak cik hihi, mudah-mudahan suatu hari nanti kita dipertemukanNya, In Shaa Allah .
BalasPadamBetul Kakcik. Masa anak2 kecik dulu, sibuk cari duit nak bela anak. Sekarang masa utk berduaan agar tidak stress
BalasPadamHaritu CNY saya balik kampung berdua jer dgn Toklaki. Enjoy gak!
seronok kakcik berjalan. dekat2 tu ada kolam air panas kan, tentu budak2 suka
BalasPadamseronoknya hujung minggu kakcik, siap dengan pantun bagai. Sangat kreatif :)
BalasPadamkalau balik teluk intan tak sah kalau tak ke Ghulam rasul
BalasPadammacam saya juga, balik kampung tidak duduk lama.
BalasPadamkenapa dan mengapa... itu antara saya dengan Tuhan!
Salam Kak Cik Seroja, lama sungguh saya tak menjenguk ke sini... makin a come back to bloggosphere... silalah jenguk-jenguk blog saya semula yang dah bersawang..baru bersihkan ...hihi
BalasPadamhttp://www.sinarharian.com.my/mobile/wow/awqaf-zuriatcare-bantu-atasi-gejala-buang-bayi-1.523952
BalasPadamTabung Wakaf ZuriatCARE No Akaun Semasa Bank BIMB16018010022853 AWQAF HOLDINGS BERHAD.
019-2850177 Pn Ezlin Farhana.
Untuk seminar zuriat:
1. Sms nama penuh ke pn ezlin & mention seminar zuriat
2. Bank in rm10 ke Tabung Wakaf ZuriatCARE No Akaun bimb 16018010022853.
3. Wasap bukti bank in ke pn ezlin
4. Ya, that's all :D
Semoga berjaya dapat seat!