Kawan-kawan kakcik

Rabu, 18 Mei 2016

Dalam diam aku memerhati...


...hampir setiap minggu aku dan suami ke Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan.  Seperti biasa, sewaktu suami masuk ke pasar untuk 'berbelanja', aku akan duduk bersendirian di dalam kereta. Sesekali aku akan mendengar siaran radio sama ada IKIM.fm atau Sinar.fm.  Tapi selalunya, aku lebih senang jika duduk dalam sunyi.  Tidak membunyikan radio atau CD.  Duduk sambil bermain permainan di telefon atau duduk memerhati apa yang ada di hadapan mata sambil membuat andaian sendiri...


...yang selalu menjadi perhatianku adalah pekerja-pekerja Pasar Borong yang rata-ratanya
warga asing. Seawal pagi mereka sudah menikmati hidangan bagai makan tengahari.
Sepinggan penuh nasi panas (berasap) dengan sejenis dua lauk yang baru dimasak
(juga berasap).  Selalunya mereka akan mengambil nasi yang banyak dan sedikit lauk
tapi lebih kuah.  Mereka makan dengan gembira sambil menyuap mulut dengan suapan
yang penuh.  Ada juga yang hanya duduk memerhati kawan-kawan makan.  Mungkinkah
dia tak punya kemampuan membeli makanan atau sedang berjimat-cermat dan
mengharap ada yang sudi membelanja?  Tidaklah kutahu.  Aku hanya pandai-pandai
membuat tafsiran sendiri...

Walaupun aku tidak masuk ke pasar, tapi aku akan mula 'beraksi' sebaik
masuk ke dapur.  Hidangan yang aku sediakan hanya biasa-biasa sahaja.
Aku memang tak pandai menyediakan pelbagai jenis hidangan atau lauk-pauk.
Cukuplah seadanya.  Mudah-mudahan anak-anakku tahu bersyukur kerana
setidak-tidaknya mereka tak perlu bersusah-payah seperti pekerja warga asing itu.

Sebenarnya sangat jarang sang ketam masuk ke dapur rumahku.
Sesekali suami akan beli bila merasakan harganya 'berpatutan'.  Sekali dalam masa
bertahun-tahun.  Jadi, aku pun  tidaklah pandai sangat hendak memasaknya.
Rugi rasanya beli mahal-mahal sedangkan yang berat itu kulitnya dan isinya
tidak sebanyak mana, kan?
...nenek suka perhati orang, nenek tak tahu Qaid pun diam-diam
perhatikan nenek...hehehe...

17 ulasan:

  1. betul tu kak cik.. saya pun jarang makan ketam.. kalau dah teringin laa sangat... baru ler beli..

    BalasPadam
  2. Bersyukur hidup di tempat kita ni kakcik
    Makan ada aje tak kira di kedai mahupun rumah sendiri
    Mereka yg mendatang terasa kemewahannya negara kita.

    BalasPadam
  3. Betul. Kita patut lebih bersyukur.. ketam tak masuk rumah sebab memang tak pandai masak. Untuk elak rugi pergi kedai makan jelah. Hai Qaid kemain intai nenek.

    BalasPadam
  4. masakan emak yg simple & ala kadar ini la yg akan menjadi igauan anak2 satu hari nnti.

    BalasPadam
  5. betul tu kakcik... betapa demi mencari sesuap nasi yg halal mereka sanggup kerja di psr borong yg mungkin ramai anak muda kita tak mau kerja di situ....

    dana pun jarang2 msk ketam kakcik, nk kata sebulan sekali pun payah sgt, klu betul2 teringin baru beli itu pun selalu edy yg akan beli kalau dia teringin nk mkn...

    BalasPadam
  6. haha qiad pun perhati apa nenek masak

    BalasPadam
  7. SEDAPNYA LAUK KETAM..QAID XSABAR NK MKN TU..TUNGGU NENEKNYA SIAP MSK.

    BalasPadam
  8. sy punjenis tak suka dgr radio ... tambahan dj skrg lebih suka syok sendri dr pendengar ...

    BalasPadam
  9. Mereka makan seperti bersungguhnya mereka bekerja...kerana untuk keluarga yang jauh ditinggalkan..moga kita menghargai setiap apa yang ada di negara sendiri..

    BalasPadam
  10. lama tak makan ketam masak lemak.. Bila teringin mmg wajib carik. Hehehe.. Saya pun lbh suka memerhati.. Kalau dkt Mall mcm mcm gelagat orang ada.. apa pun syukur n hargai kehidupan di bumi sendiri..=)

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum,
    saya pun selalu perhatikan pekerja bangladesh datang makan di kafe jam 11 pagi. orang tak ramai masa tu. nasi diambilnya membukit. kuah 2-3 jenis macam nasi kandaQ tu, sayur, serdak2 ayam goreng berempah dan kadang2 takde lauk pun. kadang lauknya telur goreng je. air kosong. harganya bawah RM3

    BalasPadam
  12. Sedapnya lauk tu mak. Dah lama tak masak ketam.

    BalasPadam
  13. Lauk ketam! Sedapnya alahai...

    Kalau dapat makan, kena bersyukurkan, kak. Banyak lagi umat manusia di sana nak makan sekali sehari pun susah. Apalagi 3 kali sehari.

    Sesekali dok perhati kerenah orang ni seronok juga tau, kak. Adakalanya boleh buat kita insaf sekejap!

    BalasPadam
  14. Saya allergic ketam. Setakat siangkan ketam pun dah gatal2 tangan sampai kena jumpa doc.Habis berpuloh ringgit juga. Agaknya kalau mkn hari tu siap beratusla nak overhaul badan..nasib2.

    BalasPadam
  15. kakcik....di penang agak susah nak dapat siaran IKIM fm...

    ketam mengikut kata orang tua kena tengok pada bulan....kalau bulan penuh penuhlah isinya...

    BalasPadam
  16. Negara kita makmur dan kaya dengan budi bahasa. Sebab tu ramai aje yang datang berkampung.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com