Kawan-kawan kakcik

Isnin, 23 Mei 2016

Pengalaman menggunakan perkhidmatan keretapi elektrik (ETS)...

hendak pergi hanya dua hari
tengok beg macam nak pergi tak pulang lagi
sebenarnya tak banyak pun pakaian yang diisi
konon balik nanti boleh isi apa yang dibeli

selepas subuh keluarlah kami suami isteri
tinggalkan kereta di stesen keretapi
tengok tu masa masih awal lagi
bolehlah duduk-duduk dulu sambil memerhati

naik ETS buat pertama kali
duduk sahaja dah rasa tak seronok di hati
tengoklah itu entah siapa tinggalkan lampin anak di sini
mujur ada pekerja am yang sedia berbakti

wajah suami isteri yang belum makan lagi
nak beli dalam keretapi harganya mahal sekali
tak mengapa kita tidur sahaja sekejap lagi
mana tahu kot rasa kenyang bila bangun nanti

sebab kami ada kad pesara
dapatlah tiket dengan potongan harga
syukur pada Allah Yang Maha Berkuasa
kad pencen itu adalah juga gunanya

meneruskan perjalanan di dalam hujan
keretapi dipandu tak laju tak juga perlahan
sesekali 140km/j kelajuan ditunjukkan
semoga semuanya selamat dalam lindungan Tuhan

macam-macam cara untuk hilangkan bosan
disamping berzikir dan tenangkan fikiran
kamera telefon turut dihalakan
rakam sahaja apa yang menarik perhatian

negara kita mengamalkan kebebasan beragama
tidak hairanlah rumah ibadat boleh di lihat di mana-mana
masing-masing faham tanpa sengketa
asal sahaja jangan disentuh apa yang orang lain percaya

sebelah menyebelah pun tidak mengapa
kau kau, aku aku punya cerita
namun kepercayaanku tetap kepada Yang Maha Esa
DIA Yang Satu tiada dua

walau landasan dibina selari
jangan diingat tak ada tragedi
dengan kehendak dan kuasa Ilahi
tiada yang mustahil untuk terjadi
kalau berpergian dengan kereta
pemandangan begini tak nampak dek mata
air yang penuh ke hujung sana
bila melimpah boleh mendatangkan bencana



sawah padi luas terbendang
menjadi segar mata memandang
kalaulah tiada yang sanggup berbendang
beras tempatan dari mana hendak datang

ada kilang di bawah sana
apa hasilnya tak pasti pula
asalkan majikan 'sayang' pekerja
pasti laba berganda-ganda

tapak semaian apakah ini
tersusun atur cantik sekali
tapi tak dapat lama memerhati
dek lajunya perjalanan keretapi

perjalanan balik terasa lama
gara-gara tandas tak boleh diguna
di tiga stesen berhenti seketika
memberi peluang membuang apa-apa saja

di stesen Perai terpinga-pinga
terasa keretapi berpatah arah semula
di awal perjalanan mengundur kedudukannya
tiba-tiba sudah menghala ke depan pula

nampak jambatan ini sebanyak dua kali
eh...takkanlah keretapi ke Arau kembali
rupa-rupanya aku yang tidak mengerti
keretapi itu ada sistemnya tersendiri

di stesen Kuala Kangsar hatiku sayu
mengingatkan kehidupan satu ketika dulu
di sinilah tempat menimba ilmu
tapi kini semuanya sejarah yang berlalu

Perjalanan pergi mengambil masa lebihkurang 5 jam dari stesen Kuala Lumpur ke stesen Arau.  Jika ikut jadual, lebihkurang 4 jam 30 minit sahaja.  Mungkin disebabkan perjalanan terpaksa diperlahankan di suatu tempat di Perak kerana dinaiki air, jadi ketibaan agak lewat sedikit.

Perjalanan pulang pula lebihkurang 6 jam (kami naik di Alor Setar walaupun beli tiket untuk perjalanan dari Arau dan turun di stesen lama Kuala Lumpur).  Disebabkan semua tandas tidak boleh digunakan, kapten memberhentikan keretapi di 3 stesen untuk tempoh lebihkurang 10 minit setiap kali bagi memberi peluang penumpang ke tandas.

16 ulasan:

  1. 5 jam juga ye kakchik.ingatkan lebih kurang 3-4 jam je. nak try naik jugalah suatu hari nanti

    BalasPadam
  2. Seronok sekali sekala naik kereta api. Rasa suasana lain sikit. Harap lepas ni ramai yang bertangjawap buang sampah sarap di tempat yang sepatutnya. Nampaknya jika naik kena sediakan sedikit makan ringan(letak dalam beg) buat alas perut jika lapar.

    BalasPadam
  3. BOLEH PERTIMBANGKAN LA ... KLU 5 JAM L;EBIH KURANG NAIK KERETA JUGA LA ...

    BalasPadam
  4. kalau naik kereta msti letih kan kakcik... tp naik ets mungkin agak santai boleh rehat2...
    cuma bila tandas tak blh guna tuh agak ssh jgk lah kan....
    lainkali boleh la gunakan khidmat ets lg tp ngn persediaan awal mcm makanan ke kudapan supaya tak lapar di perjalanan

    BalasPadam
  5. mak.. mcm mama jue dari kedah mai KL naik ets.. kalo pesara kerajaan dapat la murah..

    BalasPadam
  6. rasa macam susah pulak bila tandas tak boleh guna kak kakcik..kena yang macam akak dan suami yang makan ubat ni..memang nak ke tandas je la

    BalasPadam
  7. Naik keretapi seronok..sudah jauh beza kereta api dulu dan sekarang. Dulu keretapi guna steam engine. Bila keluar dari keretapi baju udah bertukar warna..muka jadi comot.. Ini pengelaman zaman sekolah dulu.

    BalasPadam
  8. Bila naik keretapi ni...seronok pula dpt tgk keindahan alam dlm perjalanan...pernah naik keretapi lama dah...dr kl ke ipoh...punyalah bising...susahnya nak tido...itu dulu skrg ok kot

    ada rezeki nk bawa ank2 naik keretapi.....

    BalasPadam
  9. amboi syok kakcik berpantun lagi
    bilalah saya nak pi langkawi
    dah lama terpendam dihati
    sampai kini tak sampai lagi

    BalasPadam
  10. mesti cuak kan kak, tiba2 keretapi mengundur.hihi.
    yaya suka langkawi, tapi kalau nak pergi langkawi kena set awal, nak shopping ke nak jalan-jalan..kalau tak semput..hihi

    BalasPadam
  11. Teringin juga nak cuba, Kakcik. Tapi kalau kami sekeluarga mahulah harganya pun boleh tahan. Macam tak berbaloi pulak. Pengalaman ketika perjalanan tu memang seronoklahkan, Kakcik walaupun ada masanya terasa gayat dek pergerakan keretapi!

    BalasPadam
  12. Kalau kakak pun rasanya hairan kenapalah macam berpatah balik.
    Itulah pengalaman indah kakcik.
    Tak pernah merasa ni teringin juga

    BalasPadam
  13. ada jugak pasang angan2 nak naik ets satu hari... tapi tujuan nak kemana belum diketahui lagi...hahaa

    insyallah next week plan nak bawa anak2 naik tren komuter dari alor star ke Butterworth... bagi anak2 pengalaman naik ketapi...hahaa

    BalasPadam
  14. Tak pernah lagi naik ETS KC. Teringinlah pulak. Mcm best jerkan gi Langkawi... tp kalau dah 5 orang mcm tak berbaloi je pulak naik benda ni....


    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com