Kawan-kawan kakcik

Selasa, 24 Mei 2016

Makanan yang paling sedap...

...adalah makanan yang dijamah ketika perut menangis minta diisi...

jujurnya aku bukan penggemar nasi ayam
tapi sebab perut kosong dari semalam
hidangan ini tak bersisa habis kubaham
Alhamdulillah, nikmatnya bagai dapat lena di waktu malam

lokasi :  Jeti Kuala Perlis

bila perut masih kenyang
tekak mula pandai menimbang-nimbang
sambil menelan makanan terhidang
rasanya cukup sekali tak perlu diulang

lokasi : Baron Resort Langkawi

kerana aku berselera kampung
memang kenalah dengan hidangan di Sri Pumpong
terasa diri sangat beruntung
nampak ringkas tapi sedapnya tak boleh nak kelentong

lokasi :  Restoran Sri Pumpong, Alor Setar

16 ulasan:

  1. antara nikmat yg tak boleh didusta ialah makan ketika lapar... semuanya sedappp...hehee

    BalasPadam
  2. Saya pulak ada masanya selera kampung tapi banyak masanya selera antarabangsa. Kah3x.

    Apa-apa pun semua gambar makanan di atas tu nampak sedap di mata saya, Kakcik. Kalau tunjuk masa bulan puasa mahu terbatal puasa. Hehehe!

    BalasPadam
  3. sama la mak..saya kalau nasi ayam kureng sgt..rase mcm tak lengkap je kalau makan..

    BalasPadam
  4. nampak dah entri ni kat bloglist yaya..

    kalau makan masa lapar, yang tak sedap jadi sedap.
    tapi kalau jumpa yang sedap mmg menambah lah.


    BalasPadam
  5. Kalau boleh pilih memang yg last itulah yg paling membuka selera kakak ni:)

    BalasPadam
  6. amboi pandai akak buat entri pantun bercerita hehe

    BalasPadam
  7. tgri cuma mkn roti... tgk semua hidangan nih...
    perut pun menyanyi2 irama keroncong

    BalasPadam
  8. Tergoda betul puasa hari ni
    Mujur tgk pkl 630ptg
    Jika tak......

    BalasPadam
  9. Betullah KC....kalau perut kosong makan apa pun sedap, hanya tuhan aje yg tahu nikmatnya.
    Saya kalau makan nasi ayam mau double aysmnya KC hihi...

    BalasPadam
  10. samalah kak cik, selera kampung, pantang jumpa lah jawabnya kan..semua nampak sedap2 ni :)

    BalasPadam
  11. selera kampong mmg tak dpt ditolak kakcik
    dimana2 pun suka yg kampongan macam ni
    nak nak kalau time laparrrrrrr
    berpinggan nasi tambah
    tapi kalau kt kdai kena control ayu sikit maluuuuuuu haha

    BalasPadam
  12. kak langkawi dengan perlis ok ke dengar cerita teruk ributnye .. time kak cik skrg ni mmg kat sana kan dgr cerita semlm ribut tu

    BalasPadam
  13. Sesekali dapat makan menu kampung.. alahai sedapnya.. ;)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com