Kawan-kawan kakcik

Selasa, 17 Mei 2016

Nikmatnya tak sama lagi...

Lebih 40 tahun lalu, dapat menikmati ais kepal yang harganya 5sen atau 10sen satu,
seronoknya tidak terhingga.  Disedut manisnya hingga tinggal ais yang tiada rasa.
Tak pernah peduli atau fikir pun tentang tangan apek yang membuatnya dan
kertas suratkhabar China yang menjadi alas ais kepal itu!

Hari ini - sudah agak mampu membeli dan menikmati semangkuk ABC
yang berharga hampir RM6.00 ini.  Namun nikmatnya sudah berbeza.
Hanya mampu ditelan sesudu dua kerana bermacam alasan - gigi ngilu,
manis sangat, sejuk sangat, hendak cepat dan macam-macam...
Soto ini agak sedap.  Semangkuk RM6.80
Ditelan sebab 'sayang' rasanya hendak membazir.
Ikutkan hasutan atau bisikan-bisikan nafsu yang jahat, mungkin
tak akan di makan.  Berminyaklah, sejuklah dan macam-macamlah...
Hmmmm... bila nenek 'merungut' macam-macam,
Qaid pun sampai tak tahu apa nak dimakan...

Ada yang tak tahu rupa ais kepal itu?

Inilah rupanya dan cara meletakkan air gulanya.
Gambar diambil dari SINI

18 ulasan:

  1. haah, nikmat senang je Allah ambil....

    BalasPadam
  2. Hehehehhe.. kelako tngok muka Qaid..

    Serius sy tak pnh mkn ais kepal.. tak meleleh2 ke kak?

    BalasPadam
  3. aduhai kakcik, teringat saya selalu beli ais kepal masa sekolah rendah dulu.
    yang ada airgula 10 sen, ais kepal kosong 5 sen saja.

    qaid, makan saja ais kepal nenek tu...hihi

    BalasPadam
  4. ais kepal tak wujud kot kat kg kite waktu kite kecik2 dulu kak cik .... sy tak pernah rasa pun

    BalasPadam
  5. betul lah kakcik... semakin bertambah usia semakin banyak yg perlu di elak, faktor usia diri yg tak memungkinkan kita mkn apa saja mcm masa kecik2 dulu kan...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum,
    comeynya Qaid menung cenggitu...hilang manisnya ABC tu nengokkan budak encem ni

    BalasPadam
  7. Assalammualaikum kak...termenung tongkat dagu Qaid ya sayang...hehe..cubit pipi sikit boleh..betul kak..adakala kekangan situasi itu membantut selera.

    BalasPadam
  8. Ais kepal kakak tahu dan pernah rasa masa zaman kecik-kecik dulu kakcik:)
    Tapi cara Qaid duduk tu buat kakak senyum:) Cute betullah cucu kakcik ni.

    BalasPadam
  9. Kakcik saya merasa makan ais kepal. Keluar je sekolah rendah.. terus ke kedai pakcik mustapa nak makan ais kepal dia. Alfatihah untuk pakcik Mustapa yang sudah menemui Penciptanya..

    BalasPadam
  10. Dulu benda 5 sen pun susah nak dapat beli.. itu yang niatnya lebih bila dapat sesekali..

    Memang sekarang selera dah jauh berubah... benda yang rasa sedap sangat dulu sekarang dah jadi biasa2 saja.. tak.makan pun tak pa..

    BalasPadam
  11. Dua2 nampak sedap..
    Tapi lately saya pun tak boleh makan benda manis... sakit gigi!

    Alahai, cute nya Qaid duk dengar nenek membebel...
    Comei jer wat muka lagu tu...

    BalasPadam
  12. saya biasa jugak mkn ais kepal nih... bila ingtkan balik rasa x tertelan pulak tgk cara pembuatan ais kepal...hehee

    qaid awat buat muka coeml sgt...hahaa

    BalasPadam
  13. kan mak..kadang bihun sup rasa tawar habehhh terpaksa gak telan :(

    BalasPadam
  14. geramnya tengok Qaid buat macam tu..comel sangat2

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum Kakcik,

    Lama Mak Long tidak merayau ke blog sahabat-sahabat. Enteri Kakcik mengimbau kembalil laluan hidup masa silam. Ya,,ais kepal. Tiap kali lalu pekan tak jauh dari rumah mesti pekena ais kepal. Tak tau geli pulak dengan jari-jari apek mengepal ais tu. Bukanya berlapik apa pun tangan bila mengepal..tetap sedap nyonyot air batu kepal tu hahahaha

    BalasPadam
  16. Dulu zaman sekolah ada juga merasa ais kepal ni, Kakcik. Memang sedap. Tapi saya pun perasan, bila umur meningkat, apa yang kita suka makan dulu tu tak sama nikmatnya sekarang. Mungkin juga faktor umur, kesihatan dan sebagainya.

    BalasPadam
  17. Peberet sis kepal tu..bslik sekolah singgah beli sementara tunggu bas dtg

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com